Saturday 3 December 2011

Ketahui HAK ANDA.....!!

Selamat malam sume, malam nie kita buat sesuatu kelainan sikit ye, harap pembaca dapat menerima & perkara nie boleh dijadikan sebagai panduan pada kita semua ok.. ANDA PERNAH DITANGKAP...??APAKAH TINDAKAN ANDA??? KETAHUI HAK ANDA....!! jom kita baca entry nie utk mengetahui hak anda...

Sekadar gambar hiasan

Q :: Assalamualaikum..soalan sy berbunyi begini. saya sedang berjalan berseorangan, secara tiba2 saya ditahan dengan seseorang lalu mengatakan bahawa dia ialah seorang polis & ingin membawa saya ke balai polis, apa yang patut sy buat masa tu..?

A :: Wa’alaikumussalam wr.wb. Saya akan cuba menjawab persoalan ini dengan sebaik mungkin, yang pertama kamu ada hak utk diberitahu sebab kenapa kau ditangkap. Kamu ada hak asasi dibawah Perlembagaan Persekutuan utk diberitahu secepat yg boleh dalam bahasa biasa mengenai sebab musabab ditangkap kecuali jika dapat disimpulkan daripada hal keadaan sekeliling ATAU jika kamu menyukarkan polis yg membuat tangkapan utk menjelaskan kenapa kamu ditangkap..

Q :: Contoh..?

A :: Contohnya OKT ( Orang Kene Tuduh ) ditangkap ketika sedang menghisap dadah, jadinya keadaan sekeliling telah menyimpulkan sebab dia ditangkap..

Q :: Kalau ditangkap tanpa waran @ sebarang pengenalan polis..?? selain itu, apa lagi yg kita boleh buat..??

A :: Baik, dibawah SEKSYEN 28A KAJ ( Kanun Acara Jenayah ), orang yg ditangkap tanpa waran hendaklah diberitahu seberapa segera yg boleh mengenai alasan dia ditangkap oleh pengawai yg penangkap. Selain itu, kamu juga ada hak utk menghubungi peguam ( lawyer ), Perlembagaan Perseketuan memberikan OKT ( Orang Kene Tuduh ) hak utk berunding dan dibela oleh seseorang lawyer pilihannya sendiri tapi hak utk menghubungi boleh dinafikan jika polis berpendapat bahawa dengan memberikan OKT menghubungi lawyer sebelum penyiasatan selesai dijalankan akan mengganggu evident @ menyedarkan suspek yg belum ditangkap @ menghalang usaha mendapatkan kembali harta curi.. Selepas penyiasatan, OKT dibenarkan berunding dgn lawyernya dlm tempoh masa yng munasabah..

Tetapi, hak utk berjumpa dengan lawyer juga boleh dinafikan jika ada sebab utk mempercayai : dengan membenarkan suspek berjumpa dengan lawyernya akan mengakibatkan rakan subahat suspek itu mengambil langkah utk mengelak tangkapan @ penyembunyian, pemalsuan @ pemusnahan evident @ boleh menakutkan saksi & demi keselamatan orang lain, langkah menyoal & mencatatkan apa2 penyataan itu adalah terlalu penting sehingga tidak boleh ditangguh lagi..

Istilah penting ::
OKT :: Orang Kene Tuduh
Evidence :: Keterangan

Sumber :: Buku Perlembagaan Persekutuan

Izkan berkata :: Kredit pada kawan sy , Natasha atas maklumat yang diberikan & semua maklumat serta jawapan diatas ini diambil & dirujuk daripada Buku Perlembagaan Persekutuan. Semoga dapat memberi rujukan & panduan kepada org ramai.Sekian


1 comment:

  1. apakah hak MIRANDA juga termaktub dalam perlembagaan persekutuaan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...