Sunday, 4 December 2011

'Cinta Muka Buku' DIPERTIKAI..??

Pada hari jumaat lalu telah diumumkan 12 buah lagu yang bakal berentap di final Anugerah Juara Lagu yang bakal dipancarkan secara langsung pada 29 Januari 2012 nanti. Seperti kebiasaanya, pasti akan ada ketidakpuasan hati beberapa pihak terhadap pemilihan yang telah dibuat ( maaf ye Najwa, secara jujurnya saya pun agak sedikit terkejut )


Seperti tahun lepas juga, ade beberapa buah lagu membuat kejutan & tahun ini juga tidak terlepas dengan kontroversi penyanyi muda, Najwa Latif yang layak ke Final Anugerah Juara Lagu menerusi lagunya Cinta Muka Buku. Ramai yang beranggapan bahawa lagu ini diangggap tidak layak sekaligus menimbulkan spekulasi banyak pihak. Najwa Latif mempunyai jawapannya yang tersendiri mengenai persoalan ini ::

Lagu yang ‘simple’ dan ringkas lebih senang untuk difahami & itulah kekuatan lagu tersebut. Malah, peminat pun boleh menyanyikan lagu itu bersama – sama. Saya tidak kisah jika lagu itu dipertikai kerana saya mengambil pandangan tersebut sebagai satu pengalaman & terimanya dengan positif. Lain orang lain citarasanya terhadap sesebuah lagu. Apa pun saya bersyukur kerana terpilih sebagai finalis”.


“Masa mula2 lagu CMB ini diumumkan, saya menangis kerana tak sangka lagu yang dicipta selama 3 hari sahaja telah dipilih. Tak sangka, lagu itu hanya dibuat untuk suka2 tetapi akhirnya berjaya hingga ke tahap ini.” Katanya teruja.

Antara lagu yang akan berentap di AJL nant ialah Sungai Lui, Awan Nano, Kisah Hati, Kalau Berpacaran, Beribu Sesalan, Wanita Seluruh Dunia, Karma, Kekanda Adinda, Gadis Semasa, Penakut, Sedetik Lebih & Cinta Muka Buku.

Izkan berkata :: Maaf ye, bukan nak menjatuhkan mana2 pihak, tetapi saya juga ada rasa ‘terkejut’ dengan pemilihan CMB sebagai finalis AJL. Keputusan sudah dibuat . Kita tunggu malam kemuncak AJL 29 Januari nanti ye...!!
( diolah semula dari KLIK DISINI )

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...