Thursday 8 December 2011

Dato' Siti Nurhaliza di AJL 26..!!

Salam & selamat petang..
Debaran malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 semakin memuncak ditambah pula dengan finalis2 yang bertanding pada malam tersebut kebanyakannya hebat. Malam kemuncak AJL 26 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 pada 29 Januari 2012 ini. Berita yang izkan mahu gemparkan ini adalah salah seorang artis yang akan ‘menggegarkan’ AJL 26 pada malam itu..!! anda tahu siapa..??? jom kite saksikan...hehehe

Dato’ Siti sekali lagi dipilih bagi membuat persembahan pada malam AJL 26

BERITA HARIAN hari ini menyatakan bahawa Penyanyi Paling Popular Malaysia sekali lagi diberi penghormatan untuk membuat persembahan pada malam gilang gemilang tersebut, tak lain dan tak bukan, DATO’ SITI NURHALIZA....!!!!  waahhhhh....!!! mesti gempak habis nanti kan..?? dengar cerita lagi tema yang akan diketengahkan pada malam kemuncak AJL 26 nanti adalah tema AIR.. Jika tidak silap, sebelum ini DATO’ SITI NURHALIZA  sudah 2 kali diberi penghormatan utk membuat persembahan setelah beliau mengambil keputusan utk menarik diri dari bertanding dalam AJL . Kalau diimbas kembali, kali terakhir DATO’ SITI menyertai AJL dimana lagu DESTINASI CNTA dipertaruhkan..
Banyak anugerah yang digondol oleh Siti ketika menyertai AJL

Pada AJL 26 kali ini, DATO’ SITI akan menyampaikan rangkaian lagu2 daripada Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Wahhh hebat ini. Semoga DATO’ SITI dapat mengubat rindu peminat2 nya yang ‘dahaga’kan persembahannya di AJL dlu. ****tak mustahil la nanti rating pada malam tue akan TINGGI...!! hehehhe

Persembahan Siti pada AJL 25

Persembahan Siti pada AJL 24 bersama Azlan

Izkan berkata :: Tak sabar rasanya menantikan persembahan Dato’ Siti malam kemuncak tu nanti, lagu apakah yg akan dijadikan medley malam tue ye..??? apa2 pun kita tunggu 29 Januari 2012 ye. Secara tidak langsung, 3 tahun berturut2 Siti diundang utk persembahan pada final AJL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...