Wednesday 30 November 2011

Budak Maut kene 'BASUH'...??????

PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.
Bastien dan jambangan bunga yang diletakkan berhampiran kediaman keluarganya, semalam.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.
Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.

izkan berkata :: ada jugak org yang macam gini atas muka bumi nie ye..!!! anak adalah anugerah yang tidak ternilai kepada pasangan, saya mampu berkata, sayangilah anak anda..!!
( artikel daripada HARIAN METRO 30/11/2011 )

Bio SITI NURHALIZA di History Channel...!!

Salam & selamat petang sume..!! ari nie jom nak berkongsi mengenai perkembangan terbaru penyanyi popular Malaysia, sape lagi kalau bukan DATO’ SITI NURHALIZA Pada hari ini (30/11/2011 ) telah berlangsungnya  Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel di Damansara Height, Kuala Lumpur.
Program yang akan disiarkan di saluran History yang berjudul SITI NURHALIZA akan disiarkan pada slot BIO pada 11 Januari 2012 ( bersamaan hari lahir Dato' CT ) pada jam 10 malam.

bagi mereka yang terlepas siaran tersebut, jgn risau sebab sudah tentu siaran ulangannya akan ada.. siaran ulangan Bio Siti Nurhaliza pula pada 12, 14 & 15 Januari 2012 pada jam 8 malam.

Jom kite layan gambar2 SITI NURHALIZA yang diambil oleh (www.budiey.com)ketika sidang media yang berlangsung pada pukul 11 pagi tadi. JOM..!!








Izkan berkata :: terima kasih banyak2 kat kawanku ATOS & credit jugak pic nie pada www.budiey.com (abg budiey) sebab bagi kebenaran utk izkan masukkan gambar terbaru Dato’ Siti Nurhaliza dalam blog ini..terima kasih daun keladi, harap2 lepas nie boleh la bagi kebenaran lagi ye abg budiey... heheehe..
Bukti yang menunjukkan kebenaran yg telah diberi oleh www.budiey.com yang dibantu oleh temanku, Atos

To Dato’ Siti Nurhaliza :: semoga terus berjaya pada masa hadapan...kami sentiasa menyokong SITI..!! jgn lupe nnt buat album & konsert tradisional ye..hehe



Tuesday 29 November 2011

16 ANAK dengan 14 WANITA....!!!

LONDON: Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini.
Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi.

Jamie Cumming
Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan.
Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu.

Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anaknya juga bergantung kepada bantuan kebajikan.
Ibu Cumming, Lorraine yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata, dia malu dengan perbuatan Cumming dan menggesa dia bekerja lebih keras untuk menyara semua anaknya.

“Dia sudah begitu lama menganggur tetapi tidak ada tanda-tanda mahu bekerja. “Kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan walaupun saya begitu menyanyanginya kerana dia anak saya, saya begitu kecewa dengan sikapnya. “Sungguh sukar untuk berdepan dengan keadaan ini tetapi saya berusaha untuk menjenguk semua cucu saya. Dia langsung tidak peduli walaupun dia menyangka dia bapa yang baik kerana tinggal dengan tiga daripada mereka.

Lorraine juga menyelar sikap bebas anaknya dalam memilih teman. “Saya sungguh sedih kerana dia langsung tidak mempedulikan anak sulungnya, Samantha yang saya pelihara sejak dilahirkan. Usia wanita yang digauli anak saya ketika ini tidak jauh beza daripada Samantha. Dia sungguh sukakan gadi remaja. Saya boleh sifatkan dia sebagai pemangsa seks.” Cumming berusia 17 tahun apabila Samantha dilahirkan pada 1995.

Lorraine dan suaminya terpaksa membesarkan Samantha, yang kini berusia 16 tahun, seperti anak mereka sendiri.

Antara 1997 dan 2002, Cumming menjadi bapa lima anak hasil hubungan dengan lima wanita berlainan.

Pada 2004, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilahirkan selang beberapa bulan dan antara Disember 2007 dan Ogos 2008, bekas pekerja bar itu memperoleh tiga lagi anak.

izkan berkata :: perrghhhh ade jugak org macam ni eak..!! kepada anda yg kat luar sane, jgn la buat mcm ni ok...!!
( artikel dari HARIAN METRO 29/11/2011 )

Monday 28 November 2011

FEDERER pecah REKOD...!!!!

Salam & selamat petang.. pagi tadi dalam pukul 4.10 pagi ( gigih saya tgk..!! ), berlabuhnya tirai BARCLAY WORLD TOUR FINAL 2011 dengan menyaksikan pilihan ke-4 yang juga pemain yang berasal dari Switzerland, ROGER FEDERER telah menjuarai kejohanan tersebut selepas membenam cabaran Jo-Wilfried Tsonga dalam masa 2 jam 18 minit dengan keputusan 6-3 6-7 6-3 yang diadakan di London, England.

( jom layan gambar sekitar final pagi tadi )



Secara tidak langsung, dengan kejuaraan yang dimiliki oleh jagoan tenis dunia tersebut, FEDERER sekaligus menempatkan diri ke ranking no.3 dunia selepas pilihan ke-3 kejohanan, ANDY MURRAY yang juga peserta tuan rumah telah kecundang dalam perlawanan ‘round robin’ ditambah pula dengan kecederaan yang menimpa dirinye sekaligus memberi peluang kepada bintang Serbia, JANKO TIPSAREVIC mengambil alih tempatnya. Nama2 besar seperti RAFAEL NADAL & NOVAK DJOKOVIC juga telah tersingkir awal.


FEDERER tampak tidak mempunyai masalah apabila menjuarai ‘round robin’ bagi kumpulan B dan melangkah ke separuh akhir bersama Jo-Wilfried Tsonga dalam kumpulan B, manakala kumpulan A yang berjaya melangkah ke separuh akhir ialah DAVID FERRER, pemain Sepanyol & pemain dari Republik Czech, Tomas Berdych.

Pada saingan separuh akhir, FEDERER melangkah dengan penuh bergaya & menempah slot akhir dengan bergaya apabila berjaya membenam cabaran FERRER 7-5 6-3 manakala TSONGA membenam BERDYCH 6-3 7-5 sekaligus membuatkan kedua2 pemain ini bertembung di pentas akhir buat ke-11. FEDERER mempunyai kelebihan apabila dengan ‘lead’ 7 : 3 pada pertemuan sebelum ini.
Dengan kejuaraan yang dimiliki oleh FEDERER, sekaligus telah memegang rekod 6 kali kejuaraan pada kejohanan penutup musim & kejuaraan yang ke-70 dalam karier.

Saya berkata :: TAHNIAH diucapkan pada ROGER FEDERER..!!! semoga akan terus berjaya & berjaya..!!

Sunday 27 November 2011

Konsert Tradisional Dato' Siti Nurhaliza

Salam & selamat petang...sihat semua?? Petang nie mcm nak berkongsi mengenai  ‘buah hati’ku iaitu sape lagi kalau bukan penyanyi popular negara, SITI NURHALIZA..utk topik petang nie sy nk bercerita mengenai perkembangan terbaru DATO’ SITI NURHALIZA.. 

selain mempunyai ‘baby’ terbaru iaitu album ALL YOUR LOVE yang mendapat sambutan hangat di pasaran, perkembangan lain dari penyanyi yang terkenal dengan lagu CINDAI ini akan mengadakan sebuah konsert tradisional yang bakal diadakan pada tahun hadapan..!! wahhh!! Berita yang sangat menarik bagi industri seni terutamanya peminat SITI NURHALIZA sendiri..

Seperti kite sedia maklum jugak kan, konsert tradisional agak ‘samar’ pada masa sekarang nie jadi dengan adanya konsert seperti ni bukan sahaja dapat mengembalikan momen2 indah lagu tradisional bahkan secara tidak langsung akan dapat memperkenal sekaligus dapat memartabatkan lagu tradisional lagi.. 

Mengenai konsert tradisional tersebut, sy memang bersetuju sangat2 diadakan disebabkan masa sekarang ni pun lagu2 tradisional seperti kurang mendapat sambutan terutamanya remaja. Diharapkan persembahan ini antara persembahan yang berskala besar kerana konsert tradisional amatlah seronok utk disaksikan..!!

Saya berkata :: kalau betul la apa yang diperkatakan ini, semoga ianya menjadi kenyataan sebab saya memang obses lagu2 tradisonal...!!! tak sabar nk tunggu konsert tradisional dari penyanyi kelahiran negeri PAHANG ini. Rindu pulak nyanyian lagu2 tradisional dari SITI NURHALIZA....!!

Saturday 26 November 2011

TIP Kilatkan Sudu

Salam & selamat petang sume..!! arap2 korg sihat sume ye...yela kan lebih2 pulak sekarang nie musim tak menentu& ada sesetengah tempat di Malaysia nie berlakunya banjir.. petang nie bukan nk bercerita pasal banjir tapi hari nie saya nk kongsi sedikit sebanyak petua yang sedikit sebanyak dapat bagi manfaat kepada kite semua....
Sekadar gambar hiasan

Jom kite terjah..!!!

SUDU...!! anda tahu tak mcm mana mahukan sudu kelihatan ‘baru’ selalu dengan tidak menggunakan teknologi yang tinggi utk mengilatkannye..!! jom kite tgk mcm mane cara & petuanye ok..

Asam keping
Mule2 rendamkan sudu tersebut lebih kurang dalam 1 jam dalam air asam jawa @ asam keping. Seterusnye lapkan sudu tersebut sampai kering ok.. langkah seterusnye sapukan sudu yang sudah kering tersebut dengan minyak masak lalu dijemurkan...dan akhir sekali lapkan lagi sudu yang dijemur itu sampai bersih.....!! insyaAllah anda akan nampak hasilnya nnt ok...SELAMAT MENCUBA..!!

p/s :: petua yang sangat bagus & teringin sangat nk mencubanya..!!
( diolah semula daripada HARMONI 2011 )

Friday 25 November 2011

LAGU TERBAIK milik ANUAR ZAIN

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa

Saya berkata :: TAHNIAH pada ANUAR ZAIN..!! kepada YUNA, jgn berputus asa ok & semoga tabah selalu..
 ( petikan daripada HARIAN METRO 25/11/2011 )

Thursday 24 November 2011

100 SUNTIKAN yang penuh bermakna....!!!!

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.
Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.
Bibir Kristina telah disuntik sebanyak 100 kali.

Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.
Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.

“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.

Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.
Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.

“Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. “Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.

“Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil,” katanya..

Saya berkata :: urrmm...ade jugak ye org yg mcm nie??hehhehhe...mungkin itu yg membuat dia bahagia kot..takpe la...!! anda bagaimana??? Anda inginkannya??
(petikan artikel dari HARIAN METRO 24/11/2011)

YUNA Terkilan...!!!!

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.
“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.
Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.
Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

**p/s :: semoga Yuna dpt bersabar dgn dugaan yg menimpa dirinya..
(artikel dari HARIAN METRO 24/11/2011)

Tuesday 22 November 2011

CIUMAN 'NAKAL'..?????

                              CIUMAN..???
Salam & selamat malam sume.. mesti ade diantara anda sume nie mungkin terkejut & excited dengan tajuk entry malam nie kan..? hehehe...takpe, jangan risau sebab insyaAllah masih dalam kawalan lagi..kihkih..malam nie sy nk kongsi sikit mengenai CIUMAN..hehhehe..ape yang anda tahu tentang CIUMAN..?? mestilah berlandaskan kasih sayang kan? Tapi kali nie kite akan selongkar ciuman yang boleh memudaratkan diri kita ok...!! akan tetapi kebanyakannya ciuman yang menyebabkan kemudaratan nie lebih kepada melakukan sesuatu yg ‘kurang baik’..jom kite bace ok....!!!

Tahukah anda CIUMAN boleh menyebabkan kanser mulut?? Ini disebabkan oleh Human Papillomavirus Virus ( HPV ) yang kebiasaanya tersebar melalui seks oral..!! kenyataan ini telh dibuktikan melalui kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 64% kanser mulut terjadi disebabkan HPV tersebut malahan turut terjadi kepada mereka yang suka bertukar2 pasangan. Akan  tetapi kebanyakan dari mereka telah mengambil vaksin yang mampu mencegah penyakit seperti penyakit kelamin, kanser anal & kanser mulut yang disebabkan HPV ini..

( diolah semula dari HARMONI 2011 )
p/s :: perghhhh...memang bahaya semua tue kan..jadinye berfikir panjang dulu sebelum buat ok..!! better jgn BUAT..!!

Monday 21 November 2011

SUPERMODEL DI AWAN BIRU..!!

Adriana Lima 

MINGGU lalu model Victoria Secret berada di pentas peragaan untuk memperagakan koleksi terbaru pakaian dalam jenama itu. Bagaimanapun, hari ini barisan model itu menerjah awan biru dengan helikopter merah jambu.

Alessandra Ambrosio, Adriana Lima dan Erin Heatherton berpeluang menaiki kenderaan mewah itu di San Juan, Puerto Rico.
Model Brazil Alessandra kelihatan bagai bidadari dengan gaun singkat berenda hitam.

Wanita berusia 30 tahun itu mempamerkan susuk tubuh seorang supermodel dengan pakaian cukup seksi antara ketiga-tiga model berkenaan.


Adriana dan Erin juga tampil serba hitam dan ketiga-tiga wanita itu lengkap mengenakan tumit tinggi untuk kunjungan itu.


Adriana mempamerkan kakinya yang cantik, manakala Erin mendedahkan bahagian atas badannya.

Tiga model itu singgah sebentar di San Juan sempena pembukaan rasmi butik Victoria Secret di situ sebelum Alessandra, Adriana dan Erin menaiki semula helikopter untuk pulang.

Erin Heatherton 
Alessandra dan Adrianna menulis di Twitter mengenai kunjungan itu dan nampak-nya Alessandra begitu merindui anak perempuannya, Anja.

Dia menulis: “Cukup seronok berada di Puerto Rico hari ini. Sekarang masanya untuk pulang kepada bidadari kecil saya! Harap lain waktu, saya dapat bertemu anda lagi di sini.”

Sementara itu, Adriana menghadapi kritikan ketika membuat penampilan selepas mengamalkan diet melampau dan mendedahkan mengenai jadual menakutkan yang dijalani sebelum berlangsungnya pertunjukan terbesar Victoria Secret. 

Model itu menjelaskan dia menjalani sesi senaman harian yang berat selama beberapa bulan sebelum pertunjukan itu, selain mengamalkan diet hanya meminum minuman keras sembilan hari sebelum pertunjukan berlangsung. Bagaimanapun, jurucakapnya berkata, terdapat salah faham mengenai hal itu.
Alessandra Ambrosio

Bercakap dengan E! Canada, model Brazil itu menggesa remaja perempuan yang mudah terpengaruh supaya mengabaikan amalan persediaan yang rumit.

“Kepada semua gadis remaja di luar sana, jangan berlapar atau hanya meminum minuman keras. Tolong jangan lakukan demikian.” 

Malah, dia turut menunjukkan kopi Starbucks dan kek yang menjadi hidangannya dalam rancangan itu. 

“Saya minum kopi Starbucks di sini,” sambil menegaskan ulasan diet yang diamalkannya sudah disalahertikan.


Izkan berkata :: waaaahhhh..taste kat ADRIANA LIMA..!! hehe...kredit pada METRO 21/11/2011

Saturday 19 November 2011

MASKER pilihan ANDA..??

Sekadar gambar hiasan

Salam & selamat malam...!! malam nie tetibe je nak berkongsi bab MASKER pulak..hehehe... ok jom kite saksikan mcm mana nak buat MASKER  SEMULA JADI....!!

Sebut saja MASKER sudah tentu akan terpikir teros pada insan2 yang mahukan kulit yang tegang & segar kan???heehhe...yg tue memang tidak dapat dinafikan bahkan MASKER pada masa kini bukan sahaja digilai oleh kaum hawa akan tetapi turut digunapakai oleh kaum adam jugak..
Sekadar gambar hiasan

Bagi membuat MASKER secara semula jadi, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan TIMUN iaitu dengan menggunakan belakang TIMUN tersebut. Parut belakang TIMUN yang berwarna hijau tu & secara tak langsung kan akan dapatlah menghasilakan banyak getah & boleh dijadikan MASKER wajah... MASKER kebiasaannya digunakan pada sebelah malam sebelom tido..

***p/s :: selamat mencuba..!!
( diolah semula dari KOSMO 28/12/2009 )

Friday 18 November 2011

Anda MANGSA FESYEN..?????

Sekadar gambar hiasan

Salam..!! selamat petang semua..kite bertemu lagi utk sesi hari ni ye.. petang nie IZKAN akan berkongsi pulak mengenai MANGSA  FESYEN (fashion victim)..adakah anda tergolong dalam kalangan golongan tersebut ini?? Seperti mana yang kite ketahui, terma MANGSA FESYEN @ FASHION VICTIM ini digunapakai apabila mahu mengkritik style seseorang apabila menggayakan sesuatu busana. Akan tetapi kite jugak patut tahu bahawa terma ini jugak berbeza- beza maksudnya mengikut individu yang berlainan.. Dalam lain kata jugak MANGSA FESYEN nie jugak terlalu subjektif untuk diterangkan.

Sekadar gambar hiasan
Jom kita TERJAH tanda2 MANGSA FESYEN ini....!!

·        Terlalu kuat ‘nafsu membeli’ sehinggakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata – mata mahu memenuhi kehendak diri sehinggakan ada diantaranya sanggup berhutang...!!

·        Mereka yang digelar MANGSA  FESYEN ni jugak hanya membeli barangan yang berjenama saja...

·        Hanya membeli pakaian yg terkini & tidak memikirkannye sesuai @ tidak dengan diri sendiri..

****p/s :: perlu diingatkan  bahawa bukan style yang menjadi taruhan akan tetapi pakaian tersebut perlulah sesuai dengan potongan badan & selesa...


Sekadar gambar hiasan


Adakah anda termasuk dalam golongan MANGSA FESYEN..???
( olahan semula drpd MASKULIN – artikel FAIZAL HAMID )

Thursday 17 November 2011

TIP Haruman TERBAIK....!!!!!!

SALAM.. hari nie hari ke-2 izkan akan cite memanjang pasal MINYAK WANGI..!! hehhehe.... bukan ape, sebab asenye dengar saje perkataan MINYAK WANGI, ibaratkan 1 penangan yg HEBAT dpt digambarkan....hari nie kite akan mengetahui sedikit sebanyak macam mana cara yg sesuai bagi seseorang itu untuk membeli MINYAK WANGI dgn cara yg berkesan & terbaik....!!!!
 
jom kite TERJAH..!!!

panduan yg terbaik ketika hendak memilih haruman yg sesuai :

1.    Sentiasa menguji perfume pada kulit sendiri iaitu pergelangan tangan adalah tempat yg paling tepat!! ( iaitu dengan mencalitkan @ menyemburkan wangian tersebut )

2.   Pleessss....!!! JANGAN GOSOK antara pergelangan tangan selepas menyembur @ mencalitkan haruman tersebut ( ini akan menyebabkan minyak kulit yg terdapat pd kita akan bercampur dgn haruman yg dipakai sekaligus akan menghilangkan bau asal haruman tersebut.

3.    Tempoh yang sesuai utk memutuskan pilihan haruman yg ingin dibeli dalam lingkungan 25 minit – 1jam selepas ujian dilakukan.

4.   Perkara yang sangat penting yg perlu dititikberatkan ketika hendak mendapatkan haruman yang terbaik adalah dengan mengambilkira 2 perkara utama ini iaitu MEMINATI KETIKA WANGIAN INI DISEMBUR @ MEMINATI WANGIAN SELEPAS DISEMBURKAN.....!!!

****P/S :: segalanya bergantung di tangan PENGGUNA untuk menilai yang mana satu ‘MELEKAT’ di kalbu..heheeh...SELAMAT MENCUBA..semoga anda berpuas hati & mendapat haruman yg menjadi dambaan anda selama ini...TQ..  
    ( olahan semula dari MASKULIN 2011 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...