Wednesday 25 May 2011

myMetro | Maria mula kempen penuh bergaya



PARIS: Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova memulakan kempennya pada kejohanan tenis Terbuka Perancis dengan penuh bergaya semalam apabila menyingkirkan pemain Croatia, Mirjana Lucic 6-3, 6-0 untuk mara ke pusingan kedua.
Pilihan ketujuh dari Russia itu, yang memenangi kejohanan Antarabangsa Rome bulan ini, mematahkan servis lawannya pada permainan ketujuh dan tidak menoleh ke belakang lagi.



Dia akan berdepan pemain remaja Perancis, Caroline Garcia pada pusingan berikutnya.


Aksi semalam juga menyaksikan bekas juara, Ana Ivanovic kecundang pada pusingan pertama 6-7, 6-0, 2-6 di tangan pemain kurang ternama dari Sweden, Johanna Larsson.



Pilihan ke-20 dari Serbia itu, yang menarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Strasbourg minggu lalu kerana kecederaan pergelangan tangan, tidak konsisten sepanjang perlawanan menentang pemain nombor 64 dunia itu.




Pemain nombor tujuh dunia dari China, Li Na dipaksa bertarung tiga set oleh pemain Republik Czech, Barbora Zahlavova Strycova sebelum menang 6-3, 6-7 (6/8), 6-3 semalam.



Li Na, pilihan keenam kejohanan, muncul pemain pertama China layak ke final Grand Slam pada Terbuka Australia tahun ini, akan bertarung untuk merebut tempat ke pusingan ketiga menentang pemain Sepanyol, Silvia Soler Espinosa.



“Saya masih gembira kerana mampu menang hari ini. Ia perlawanan yang sukar. Saya juga mengalami kekejangan otot pada hujung perlawanan, tapi berharap dia tidak nampak,” kata Li Na.


“Ketika ini saya berasa setiap pemain berpeluang untuk memenangi acara Grand Slam. Tapi, saya sering berkata, 'mudah untuk berkata, sukar melakukannya.” Dalam acara perseorangan lelaki, pilihan keempat dari Britain, Andy Murray melakukan beberapa kesilapan sebelum mengalahkan pemain tempatan, Eric Prodon 6-4, 6-1, 6-3 pada pusingan pertama.



Prodon, pemain ranking ke-124 dunia, hanya memenangi satu perlawanan dalam jelajah utama sepanjang 11 tahun karier profesionalnya walaupun dia pernah mengalahkan Roger Federer sekali ketika remaja.





“Ia perlawanan yang sukar,” kata Murray, pencapaian terbaiknya di Roland Garros adalah ke suku akhir dua tahun lalu.




“Tiada rentak perlawanan sebenar. Dia tidak mahu bermain rali panjang jadi dia hanya melakukan banyak pukulan drop dan mengubah kelajuan bola.” - Reuters

Monday 16 May 2011

Kesihatan::Elak Kanser Kulit

Elak kanser kulit….

Umum tahu dengan menyapu krim pelindung sinaran matahari akan dapat mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada kanser kulit dan sunburn selain mengekalkan kecerahan. Langkah demikian juga kana membantu anda mengurangkan kebarangkalian terdedah kepada kanser. Selain tu, terdapat beberapa langkah lain yang boleh diaplikasi::
·         Hindari berada di bawah sinaran matahari (UV), terutama sekitar jam 10 pagi sampai 4 petang di mana sinarannya begitu terik.
·         Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang untuk lindungi kulit. Kalau boleh pilih pakaian yang diperbuat daripada kapas dan tidak terlalu ketat bagi menghasilkana kenyamanan badan. Kecanggihan teknologi fabrik turut menghasilkan kain yang mampu melindungi kulit drai sinaran UV.
lihatlah dunia,topi ajaib
di kepalaku..+_+
·         Pakai kaca mata untuk melindungi mata kerana mata yang terdedah kepada cahaya matahari akan mendedahkan anda kepada penyakit katarak.
·         Pilih topi yang turut melindungi telinga & permukaan wajah anda. Topi besbol bukan la pilihan yang terbaik kerana ia tidak melindungi keseluruhan anggota. Sekurang-kurangnya tepian topi harus merangkumi ukuran 6 inci keliling.
·         Guna pelindung matahari dengan sun protection factor ( SPF ) sekurang-kurangnya 15. Sapu krim tersebut kira-kira 30 minit sebelum anda keluar
                -sumber:American Academy of Family Physicians

Sunday 15 May 2011

BAPTISTE GIABICONI :: Si Keding Tawan Dunia Modelling

Dia tidak menyangka akan menempa nama dalam dunia glamor ini. Sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang yang mengeluarkan peralatan elektronik untuk pesawat. Pada waktu lapang, jejaka yang dilahirkan di Perancis pada tahin 1990 ini gemar mengunjungi gymnasium kerana dia memang seorang yang menjaga kesihatan & kecergasan.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang ejen dari agensi modeling membuka laluan untuk BAPTISTE GIABICONI mencipta nama dalam bidang ini. Memiliki ketinggian 188sm dan berwajah komersial, BAPTISTE  ditawarkan menjadi model dibawah naungan utama MGM di Paris, BAPTISTE turut bernaung dibawah agensi DNA Models di New York, Mega Agency (Hamburg), d’management ( Milan ), Scoop ( Copenhagen ) dan Premier (London).
Sesi fotografi pertama yang dilakukannya ialah untuk iklan kempen pakaian jenama FRANKIE MORELLO. Kemudian, BAPTISTE semakin laku di pentas peragaan dan iklan komersial. Walaupun dikritik hebat oleh supermodel terkenal, NOAMI CAMPBELL yang mempersoalkan penampilan BAPTISTE di pentas fesyen kerana tubuh jejaka tersebut yang terlalu kurus. Namun kritikan itu disangkal oleh pereka fesyen terkenal KARL LEGERFELD yang berpendapat, walaupun kurus namun BAPTISTE memiliki bentuk badan atlet yang amat sesuai untuk disarung dengan pelbagai jenis pakaian. Lantas pereka fesyen jenama CHANEL dan FENDI itu telah mengambil BAPTISTE sebagai anak didiknya.
Sejak itu, BAPTISTE menjadi model pilihan utama bagi memperagakan pakaian rekaan terbaru CHANEL dan FENDI sama ada di pentas fesyen, media cetak ataupun elektonik. Walaupun menjadi model lelaki utama untuk CHANEL, namun BAPTISTE juga pernah memperagakan jenama terkenal lain seperti ARMANI dan JUST CAVALLI. Pada Januari yang lalu, BAPTISTE telah memperbaharui kontraknya bersama CHANEL dan pencapaiannya sala dunia modeling biarpun setahun jagung tetapi amat membanggakan apabila menduduki tangga pertama dalam carta Top 50 Male Models oleh www.models.com

Saturday 14 May 2011

Info Kesihatan::Tumor Otak

Sekadar gambar hiasan..hehe


maksud
TUMOR OTAK
Merupakan ketumbuhan yang berasal daripada sel-sel otak @ dari struktur di sekelilingnya. Terdapat dua klasifikasi bagi TUMOR OTAK iaitu Tumor Benigna ( bukan kanser ) dan Tumor Malignan ( kanser ). Kategori tumor otak juga terbahagi kepada dua iaitu berasal atau tumbuh dari otak yang dikenali sebagai tumor otak primer ; dan tumor otak sekunder iaitu berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti buah pinggang, usus, peparu, dan kulit.

Tumor boleh memusnahkan sel-sel otak apabila berlakunya keradangan, mampatan akibat ketumbuhan, pembengkakkan dan peningkatan tekanan dalam otak. Tumor boleh menyerang mana-mana satu dari tiga bahagian otak iaitu serebrum, sereblum dan pangkal otak. Namun, penyebab tumor tidak diketahui biarpun pakar perubatan telah menjalankan pelbagai kajian. Apapun kebarangkalian, ianya disebabkan faktor genetik, keturunan, persekitaran, dan bahan kimia.

gejala-gejala TUMOR OTAK
Sakit kepala merupakan gejala yang paling biasa bagi pesakit tumor otak. Ia juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu sakit kepala yang teruk terutamanya di waktu pagi, sakit kepala yang berterusan diikuti dengan loya dan muntah serta sakit kepala yang semakin teruk ketika batuk, terbersin dan tunduk.

Sesetengah pesakit turut mengalami perubahan tingkah laku yang mendadak ( bergantung pada tahap kritikal penyakit ini ) antaranya bersikap tidak ambil kisah terhadap sesuatu perkara penting, hilang ingatan, kurang daya tumpuan dan kekeliruan. Hal ini disebabkan setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu dan apabila ia mendapatkan kesan pada bahagian tersebut, maka secara langsung akan menyebabkan penyakit sering medapat sawan.

Jika anda sering mengalami gejala dibawah, segeralah berjumpa dengan pakar neurologi untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat dengan kadar segera. :
·       Kerap mengalami sakit kepala, atau/dan muntah
·       Epilepsi atau sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri  
·       Gangguan percakapan
·       Sukar untuk menggerakkan kaki dan tangan
·       Hilang daya ingatan dan penglihatan
·       Gangguan inagatan atau perubahan personaliti

rawatan pesakit  TUMOR OTAK
Uwwweekk..menyesal aq mkn byk tdi..@%$&$#*&*
        Terdapat tiga kaedah utama yang dilakukan untuk pesakit iaitu pembedahan, terapi sinar, dan Imunoterapi. Pembedahan merupakan rawatan yang sangat biasa dijalankan untuk pesakit dengan tujuan untuk mengeluarkan keseluruhan tumor. Sebelum sesuatu pembedahan dijalankan, pesakit perlu menjalani beberapa ujian tertentu seperti imbasan CT, MRI atau PET untuk menentukan kedudukan tumor. Terdapat juga beberapa prosedur pembedahan iaitu Biopsi, Kraniotomi dan prosedur penyimpangan yang dilakukan untuk melegakan tekanan dalam otak ( interkranial ) dengan mengalirkan cecair yang berlebihan atau yang tersekat.

   Kaedah kedua yang dijalankan ialah Terapi Sinaran iaitu penggunaan x-ray yang dihasilkan dari sebuah mesin yang dipanggil linear accelerator atau mesin kobalt untuk memusnahkan sel-sel kanser dan mengecutkan tumor. Imunoterapi pula menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan oleh badan kita sendiri untuk merangsang, menghantar atau mengekalkan ketahanan semulajadi bahan menentang penyakit. Ia bertindak dengan mengubah persekitaran biologi atau gelagat sel-sel tumor menjadikannya sukar tumbuh membiak. 

jangan takut dgn saya ok??
  
Peluang untuk sembuh dan pilihan rawatan bergantung kepada jenis tumor otak dan keadaan pesakit secara amnya. Namun pesakit yang melalui proses pembedahan membuang tumor sepenuhnya mempunyai kebarangkalian untuk sembuh. Akan tetapi ada juga keadaan pesakit bertambah teruk selepas pembedahan. Apapun, jika mempunyai tanda-tanda seperti dijelaskan, segeralah mendapat rawatan dengan doktor pakar sebelum parah.




p/s :: dptkan rwatan dgn doktor pakar taw..jgn g jmpe 'doktor sndiri' dah la..+_+....pe2pon slmat melayari info nie dgn penuh seribu kemanisan...+_+
*smpai bjmpe lagi eak..bye..assalamualaikum..






Thursday 12 May 2011

Maria Tak Dicabar….!!!!!



Maria mudah benam cabaran Ekaterina..



ROME: Bekas juara Wimbledon, Maria Sharapova mudah melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Antarabangsa Rome selepas menundukkan Ekaterina Makarova 6-1, 6-1 dalam aksi di gelanggang tanah liat, semalam.
Begitupun nasib berbeza dialami pemain nombor empat dunia, Andy Murray apabila terpaksa berkerja keras sebelum menewaskan pemain berpengalaman dari Belgium, Xavier Malisse 6-2, 2-6, 6-3.

Maria sebelum ini mendakwa mutu permainan tenis wanita semakin meningkat dan bukan lagi mudah melepasi pusingan awal seperti sebelum ini. Bagaimanapun kenyataan itu menjadi sebaliknya apabila dia menang mudah ke atas rakan senegaranya,
Ekaterina. Ekaterina yang langsung tidak melawan, hanya mampu meraih satu mata di kedua-dua set.
Maria menggunakan kelebihannya untuk membenam lawannya itu dengan meraih lima mata mudah. Perlawanan itu nampak lebih mudah buat pemain pilihan ketujuh berbanding minggu lalu ketika mereka bertemu di Madrid.

“Saya bertemu dengannya minggu lalu di Madrid dan dia berjaya mencuri satu set untuk mengajak saya beraksi tiga set,” katanya.

“Ia satu perlawanan yang mudah dan pastinya membantu berdepan perlawanan seterusnya di gelanggang tanah liat ini.” Sementara itu, aksi
Murray di set kedua mula tidak konsisten menyebabkannya tewas sebelum bangkit mendahului 4-1 di set penentuan. Pemain nombor empat dunia itu bermain lebih baik untuk menguasai tiga mata di set pertama. Namun lawan dari Belgium itu bangkit memberi tentangan di set kedua dan mendahului 4-1 selain berjaya memerangkap Murray di jaring untuk menang set kedua.
Ketika kedudukan terikat 1-1, Murray kembali fokus dengan melakukan beberapa pukulan ace untuk menang pertarungan itu.

Bintang Scotland itu berkata, masih banyak perlu dilakukan menjelang perlawanan Terbuka Perancis hujung bulan ini.
“Saya gembira namun secara taktikal, saya harap mampu lebih fokus agar dapat menjadi lebih baik,” katanya.

“Saya perlu bermain untuk mendapatkan setiap mata seperti ia mata terakhir dan memberi peluang kepada saya untuk menang.” - AFP

Wednesday 11 May 2011

Maria takluk dunia digital..

Pelancaran semula laman web kumpul 3.9 juta peminat



Bintang tenis, MARIA SHARAPOVA kini bersedia untuk menakluki dunia digital dengan pelancaran semula laman webnya, mariasharapova.com. MARIA yang menjadi tumpuan dunia dalam media sosial & dunia fesyen kini mengumpul 3.9 juta peminat di Facebook ( mengatasi gabungan peminat Venus & Serena Williams, Ana Ivanovic serta Caroline Wozniacki ) malah bekerjasama dengan Cole Haan, Nike & Tag Heuer. MARIA sering mengemaskini laman webnya dimana secara puratanya menerima 185,000 pengunjung dalam sebulan malah pernah mencapai kemuncak dengan lebih daripada 380,000 pengunjung.
“ Saya mula melihat trend luar biasa ini berkembang di internet, dari rangkaian sosial ke pusat pengurusan perniagaan, semuanya dilakukan dalam talian,” katan MARIA. “ Saya mahu mencipta laman yang boleh dimasuki oleh peminat saya & mudah dilayari. Kini apabila pengguna memasuki laman web saya, segala yang ingin disaksikan oleh mereka berada di depan mata mereka.”

Laman web berkenaan yang memaparkan mengenai MARIA dalam & luar gelanggang pada awalnya dilancarkan tahun 2008 sebagai medan untuk peminatnya berhubung antara satu sama lain & mengikuti perkembangan dunia tenis itu.
“ kami mahu ia menjadi sesuatu yang kuat & berkuasa, juga jika dinilai dari perspektif rekaan kerana saya benar sukakan warna & kami cuba menterjemahkannya dengan memasukkan gambar berwarna-warni, “ katanya mengenai tugasnya dalam rekaan semula laman webnya dengan agensi interaktif digital, Lightmaker.
Seiring dengan mesej berkenaan, imej utama yang menyambut ketibaan pengunjung ialah gambar daripada sesi fotografi NIKE tahun ini. MARIA menyertai NIKE sedekad lalu dan sejak itu beliau memegang tugas penting mereka koleksi pakaiannya dalam syarikat berkenaan. MARIA juga tampil dalam pelbagai iklan cetak, televisyen & digital. MARIA ialah atlet yang menigkat baik & mempunyai hubungan rapat dengan peminatnya serata dunia. Untuk itu, peminat MARIA SHARAPOVA di Facebook meningkat dengan kadar 200,000 orang sebulan dimana pada Jun 2010 MARIA mempunyai 2 juta peminat.
                                MA-13/03/11

p/s :: owhh…bagus3..hehe..izkan salah seorang antara 2juta tue kot..hehe..dah name pon die hard fanz..hehe..pe2pon GO MARIA GO!!!!!!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...