Tanggal 01 Disember 2011 ( ari nie ) bermulanya kempen iaitu salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan sekaligus dapat meringankan beban yang ditanggung.... Kempen tersebut telah diberi nama KEMPEN SIMPLYSITI DI HATI. Kempen dibawah SIMPLYSITI bersama rakan niaga, Watsons serta disokong sepenuhnya oleh Syarikat Penerbangan Rasmi AirAsia X, Rakan Perubatan Rasmi IJN ( Institut Jantung Negara )& Putrajaya Marriot Hotel & Spa sebagai Hotel Rasmi.
Kempen SIMPLYSITI DI HATI ini akan bermula dari 01 Disember 2011 sehingga 15 Januari 2012, kempen ini dilaksanakan atas keprihatinan & bagi mengumpul dana untuk disalurkan sekaligus membantu 2 orang pesakit jantung yang memerlukan RM70 Ribu bagi menanggung kos perubatan mereka di IJN. 2 pesakit tersebut ialah Adik Siti Nur Syahira & Adik Tan Jia Yong.
Bagi pengguna SIMPLYSITI, anda boleh juga membantu melalui pembelian produk SIMPLYSITI. Dengan pembelian RM100 dan ke atas, wang RM5 dengan pembelian tersebut akan disalurkan ke dalam KEMPEN SIMPLYSITI DI HATI .
Jom kite layan jap gambar2 yang diambil sekitar majlis pelancaran Kempen Simplysiti Di Hati oleh www.budiey.com
Izkan berkata :: semoga usaha murni ini akan mendapat sambutan sekaligus dapat mengumpul dana & meringankan beban mereka yang memerlukan....
No comments:
Post a Comment