Sunday 11 December 2011

America's Next Top Model All Stars Milik LISA D'AMATO....!!


Salam & selamat malam...
Anda penggemar AMERICA’S NEXT TOP MODEL..?? jika ya, mesti anda jugak pengikut setia musim khas yang mengetengahkan peserta2 yang pernah memasuki program pencarian model terkemuka di US yang sangat popular itu. Musim khas yang diberi nama AMERICA’ S NEXT TOP MODEL ALL STARS ini telah melabuhkan tirainya baru2 ini dengan peserta dari musim ke-5 iaitu LISA D’AMATO telah dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu ALLISON HARVARD dari musim ke 12 & ANGELEA PRESTON dari musim ke-14‘dikeluarkan’ atas sebab yang tidak diketahui tetapi Angelea sempat mengadakan sesi ‘photoshoot’ bgai iklan COVERGIRL. 

Peserta2 AMERICA’S NEXT TOP MODEL ALL STARS ini terdiri daripada wakil2 musim2 yang terdapat dalam AMERICA’S NEXT TOP MODEL iaitu dari musim 1 sehingga ke 16 tetapi musim ke-3 & ke-8 tiada wakil, jadinya ia diganti dgn 2 org wakil dari musim ke-5 & ke-11. Pada episod final, iaitu 3 peserta akhir mengadakan ‘photoshoot & commercial’ bagi kempen COVERGIRL iaitu bgi produk Intense Shadow Blast, Lash Blast Fusion Mascara. Jom kita saksikan wajah mereka dalam iklan COVERGIRL..!!
LISA D’AMATO menjadi juara AMERICA’S NEXT TOP MODEL ALL STARS

Naib Juara America’s Next Top Model All Stars, ALLISON HARVARD
Isu ANGELEA PRESTON masih belum terungkai

Pemenang America’s Next Top Model All Stars ini akan muncul dalam Vogue Italia ( sekali kempen di blog Vogue.it ), kontrak US$ 100,000 bersama produk kosmetik COVERGIRL, kempen fesyen EXPRESS, menjadi koresponden dalam EXTRA ( episod 7 ), selain berpeluang menjadi wajah perfume-ANTM yang akan dilancarkan.

Izkan berkata :: Final kali nie memang best...!!!! tp rindu kat LUARA dari musim ke-13. pe2pon semua memang TERBAIK...!! tahniah LISA..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...