LONDON: Kereta Mercedes ini yang dihiasi dengan emas dan dan batu delima boleh menjadi milik anda dengan harga RM35 juta.
Ia adalah hasil kerja pengubasuaian ahli perniagaan, Ueli Anliker yang menghabiskan lebih daripada RM17 juta untuk mengubah kereta berharga RM150,000 itu menjadi ‘Impian Emas Merah Anliker McLaren SLR 999.’ Mercedes McLaren SLR adalah kereta keluaran paling eksklusif syarikat pembuat kereta Jerman itu.
Majalah Top Gear menyifatkan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Anliker sebagai: “Ia sesuatu yang boleh ‘membakar hingga mata anda berlubang dan menembusi hingga ke mimpi ngeri anda.” Dengan harga minimum RM35 juta itu, ia menjadi kereta paling mahal untuk dijual di pasaran terbuka.
Ahli perniagaan Switzerland itu menggaji 35 pekerja yang menghabiskan masa 30,000 jam untuk mengecat kereta itu dengan 25 lapisan cat merah yang dicampur dengan serbuk emas.
Setiap rim roda kereta berkenaan dilitupi emas 24 karat. Begitu juga dengan lampu besar dan pintu yang turut dihiasi dengan lebih 600 batu delima.
Hiasan emas di bahagian dalam mempunyai penunjuk yang disalut dengan batu permata, steering emas dan tombol gear yang dilitupi batu delima.
Sementara itu, kekuatan enjin 5.4 liter kereta itu ditingkatkan daripada 640bhp kepada 999bhp, untuk membolehkannya mencapai kelajuan sehingga lebih 210 kilometer sejam.
Jurucakap Anliker berkata: “Anliker tidak berminat untuk menjaul kereta itu tetapi dia akan menimbang untuk berbuat demikian jika memperoleh tawaran yang sesuai.” Agensi
No comments:
Post a Comment