Sunday 25 December 2011

MARIA SHARAPOVA Tarik Diri Kejohanan BRISBANE

Salam & selamat pagi.
Tahun 2011 banyak membawa berita gembira dalam dunia tenis, manakala tahun 2012 akan bermula lembaran baru bagi pemain2 profesional dalam jelajah lelaki & wanita apabila kejohanan pembuka tirai Grand Slam akan diadakan pada pertengahan bulan Januari 2012 nanti.

Bagi pagi nie, Izkan nk kongsi berita yang tidak berapa baik dari dunia tenis mengenai jelitawan tenis, MARIA SHARAPOVA. Pada awalnya, bintang tenis handalan tersebut akan menyertai kejohanan pemanas badan iaitu BRISBANE INTERNATIONAL yang akan bermula pada 1 Januari 2012, akan tetapi atas sebab kecederaan pada pergelangan kakinya, MARIA mengambil keputusan utk menarik diri.

Walaupun beliau tidak dapat menyertai kejohanan pemanas badan tersebut, beliau yakin bahawa dirinya akan bersedia utk berkempen pada TERBUKA AUSTRALIA 2012 yang akan diadakan pada 16 Januari 2012 ini.

Izkan berkata :: semoga MARIA cepat sembuh ok.. tak sabar nk dengan ‘ngauman’ MARIA..pe2pon SELAMAT BERJAYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...