Tuesday 13 December 2011

Pertembungan 12 BINTANG POPULAR..!!

Salam & selamat pagi...
Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah 25 tahun diadakan, jadi pada tahun ini sempena meraikan ABPBH yang ke-25 satu anugerah khas telah diwujudkan iaitu digelar ANUGERAH SERI PERAK. Anugerah Seri Perak ini diwujudkan bagi menghargai 12 bintang gemerlapan yang penh dinobatkan sebagai BINTANG PALING POPULAR dalam ABPBH. ANUGERAH SERI PERAK ini jugak diwujudkan untuk mencari BINTANG DALAM KALANGAN BINTANG TERHEBAT selain mengumpulkan semula artis2 lama yang pernah mewarnai industi muzik ini.


Pemenang BINTANG PALING POPULAR yang bertanding bagi kategori ANUGERAH SERI PERAK ialah seperti AISHAH, ZAINAL ABIDIN, EMAN MANAN, SOFIA JANE, M.NASIR, ZIANA ZAIN, ROSYAM NOR,SAIFUL APEK, SITI NURHALIZA, MAWI, NABIL, SHAHEIZY SAM ( pemenang2 dari tahun 1990-2010 ). Jom kita lihat senarai penuh kemenangan mereka...!!
AISHAH ( 1990 )
ZAINAL ABIDIN ( 1991 )

EMAN MANAN ( 1992 )

SOFIA JANE ( 1993 )

M.NASIR ( 1994 )

ZIANA ZAIN ( 1995 )

SITI NURHALIZA ( 1996, 1997/1998, 1998/1999, 2000, 2001, 2004 & 2009 )

ROSYAM NOR ( 2002 )

SAIFUL APEK ( 2003 )

MAWI ( 2005, 2006 & 2007 )

NABIL ( 2008 )

SHAHEIZY SAM ( 2010 )

****siapakah yang bakal membawa pulang ANUGERAH SERI PERAK ( hanya tahun 2011 sahaja ) dalam ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011..????  SIAPAKAH JANGKAAN ANDA..??? ramalan saya masih kuat SITI NURHALIZA akan memegang tahta tersebut tp semua tu tidak boleh disimpulkan lagi kerana setiap individu yang bertanding itu mempunyai kelompok peminat yang tersendiri..

Izkan berkata :: SELAMAT MAJU JAYA bagi mereka yang bertanding, tak sabar rasanya nak lihat siapakah yang bakal memperoleh ANUGERAH SERI PERAK dalam ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011....( saya undi SITI NURHALIZA, anda bagaimana???hehehhe )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...