KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran pada Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
Sekadar gambar hiasan |
"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.
Sekadar gambar hiasan ( pelajar SMKKK, Pahang ) |
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA
Izkan berkata :: wahhhhh, rindu zaman PMR 2006 dulu..
sumber :: MSTAR ONLINE
gambar sekolah ku
ReplyDeletehahhhah...sy tahu spe yg komen nih..hehehhe
ReplyDelete