LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol. Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut. Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir. Mereka disifatkan sebagai peramah. Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu. - DM
Izkan berkata :: kenapa la bayi diperlakukan sedemikian???? dimana kewarasan mereka?? FIKIRKANLAH...!!
( petikan berita HARIAN METRO 05/12/2011 )
haiyoooo!
ReplyDeletexde otak ke ape dorg ni?
xnak baby tu bg la kt org, xyah nak dera, rogol bagaii.
bini kan ade. T______T
tau xpe....ade pulak jadikan budak sbgai mangsa...!
ReplyDelete