Friday 23 December 2011

'SELAMAT MALAM KEKASIH' Bukan Sekadar CINTA..

Salam & selamat malam..
Sihat sume?? Semoga sihat sejahtera hendaknya, malam nie izkan nk berkongsi dengan korg semua pasal pandangan Izkan sendiri mengenai novel yang telah dibaca oleh Izkan pada pertengahan OKTOBER lalu ( baru nk ulasa skit ).. hehhehe.. tambahan lagi, nie la 1st time Izkan memberi pandangan mengenai novel dari ape yang izkan telah bace selame nih. Mungkin jika ade masa nanti, insyaAllah Izkan akan preview & bgi ulasan utk novel2 yang seterusnya..

Malam ini, novel yang menjadi pilihan izkan ialah SELAMAT MALAM KEKASIH, hasil nukilan indah AINA EMIR. AINA EMIR antara nama yang gah dalam bidang penulisan novel & amat terkenal dengan hasil nukilan indahnya.

SELAMAT MALAM KEKASIH’ ..!! wahh, jiwangnya...!! jgn salah anggap dengan tajuk novel itu, sebenarnya, jauh dalam hasil nukilan tidaklah tertumpu 100% berkait dengan bibit2 cinta semata2. Tidak keterlaluan jika Izkan mengatakan bahawa ‘SELAMAT MALAM KEKASIH’ adalah buah tangan istimewa & unik bagi penggemar novel2 diluar sana.
Kisah keluarga juga diselitkan

Kenape izkan ckp sangat istimewa & unik?? Kerana dalam hasil nukilan tersebut tidaklah mengisahkan cinta antara lelaki & perempuan sahaja, bahkan keindahan kejujuran & kesetiaan dalam amalan seharian, isu2 kehidupan Melayu elit masa kini, bahkan tidak lupa pada soal agama, harta, waris ditambahkan lagi perisa romantis pasti menggamit si pembaca yg budiman..

Bagaimana kisah cinta MAYA & MISYAL..??
Semoga dengan lahirnya watak MAYA KAMILLA & MISYAL ( sebagai watak utama ) akan menambahkan lagi romantis anda..!! hehehe..jalan cerita yang sangat menarik mengisahkan keindahan cinta antara MAYA KAMILLA & MISYAL diselitkan dengan elemen AGAMA , BUDAYA & KELUARGA pasti meruntun kalbu ditambahkan pulak dengan konflik2 yang melanda keutuhan cinta mereka & halangan yang melanda...!! adakah mereka akan ke jinjang pelamin pada akhirnya..?? adakah mereka menemukan DESTINASI CINTA pada akhirnya, semuanya terjawab dalam SELAMAT MALAM KEKASIH..!!

Izkan berkata :: perghhh, nie memang antara novel paling BEST pernah bace..!! jika anda belum mendapatkannya, boleh la dapatkannye ok di pasaran dengan hrga RM23.90..hehehe... memang BEST & masih ingt watak2 sampai sekarang..!! SELAMAT MEMBACA & ‘SELAMAT MALAM KEKASIH’..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...