Friday 6 January 2012

LADY GAGA Mandi Darah

LONDON: Sejak sekian lama dikenali dengan perangai pelik, rupa-rupanya ada lagi kejutan lebih besar Lady Gaga untuk peminatnya.

Terbaru, penyanyi Bad Romance itu didakwa menginap di bilik hotel di London dengan tab mandinya berlumuran darah.


Khabar angin mula terbesar luar di Internet dengan mendakwa penyanyi yang gemar berpakaian aneh itu mula melakukan ritual sihir. Difahamkan, Lady Gaga, 25, mengambil jalan itu sebagai langkah menjaga keselamatannya daripada gangguan hantu.


Sementara itu, sumber berkata, kakitangan Hotel Intercontinental di London terkejut apabila mendapati tab mandi di bilik sewaan Lady Gaga dipenuhi darah.


Penemuan itu, kata sumber berkenaan, terdedah ketika kakitangan hotel berkenaan mengemas bilik Lady Gaga“Bagaimanapun, cecair merah yang didakwa darah itu belum dikenal pasti,” katanya.


Seorang kakitangan hotel mewah itu mendakwa, Lady Gaga “mandi darah” sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitamnya. Menurut pekerja itu, Lady Gaga meninggalkan sejumlah besar darah ketika menginap di hotel berkenaan musim panas lalu.


“Insiden itu dimaklumkan kepada pekerja berkenaan dan dinasihatkan supaya jangan mengungkitnya lagi,” katanya.


Sementara itu, sumber berkata, Lady Gaga dipercayai takut diganggu roh jahat.


Ketakutan itu mendorong penyanyi terbabit menggunakan khidmat penyiasat paranormal untuk memeriksa setiap bilik yang bakal dihuninya.


“Dia membelanjakan 30,000 (RM146,110) untuk membeli meter pengesan medan elektromagnet sebagai langkah keselamatan,” katanya. - DM


Tuesday 3 January 2012

Katty Perry Jadi WANITA TUA..??


KATY Perry berkongsi sedikit gambar belakang tabir pembikinan klip video untuk lagu popularnya ‘The One That Got Away.’


Di dalam klip video itu, penyanyi ‘Teenage Dream’ yang berusia 27 tahun ini bertukar menjadi wanita tua berkedut yang bercerita mengenai kisah cintanya yang kecundang dan rasa menyesal.

Dia menghabiskan masa selama tujuh jam duduk di atas kerusi untuk ditata rias dengan berhati-hati dan teliti oleh sekumpulan juru mekap untuk video itu.


Wajah Katy terpaksa diliputi dengan cecair pekat warna biru untuk mereka membuat acuan ciri-ciri wajahnya.



Thursday 29 December 2011

TENTANG DHIA, Bukan Sekadar CINTA...

Salam & selamat malam..
Izkan rasa mesti berebut2 malam nie tnggu depan TV3 utk tengok episod akhir TENTANG DHIA kan..?? hehehhe... Izkan pon sama jugak tadi, macam Izkan, myb pada awalnya memang bukan pengikut setia tapi tergerak hati tengok pada episod belas2 gitu, then terpaut & terjatuh cinta la pulak pada jalan cerita yang ada pada drama TENTANG DHIA..

MENANGIS..???? SEDIH..??? GERAM..?? semua itu rasenya bersatu dalam jiwa tatkala ending TENTANG DHIA melabuhkan tirai siarannya sebentar tadi kan. Bagi Izkan, TENTANG DHIA mempunyai jalan cerita yang menarik, bukan sekadar cinta sesama manusia 100% tp diselitkan dengan elemen cintakan Yang Maha Pencipta, juga diselitkan konflik yang berlaku dalam keluarga, persahabatan, & banyak lagi..

Anda geram..??? mesti anda geram pada mak mertua DHIA kan..??? hahahha. Mesti anda juga terfikir2 kenapa mak mertua DHIA tak de kena ape2 endingnya, pe2pon sume tue bergantung pada pengarah & team2 TENTANG DHIA jugak, mungkin dlm drama ni tak tonjolkan ‘hukuman’ yang diterima kepada ‘pesalah’. Apa2pon Izkan rasa benda tu tidak mencacatkan jalan cerita tersebut malah ramai yang memuji jalan cerita TENTANG DHIA terutama NORA DANISH, ADI PUTRA & sudah tentu makcik SALMI..hehehhehe GO MAKCIK SALMI..!! ( bagus & mantap lakonan LIZA ABDULLAH )

Pada ending tadi, kedua2 mereka telah bersama kembali bertemu Yang Esa. Cinta terulung adalah cinta kepada ALLAH. Jom kita tengok ayat terbaik & tersentuh dalam TENTANG DHIA..
Dhia :: Dhia dah tahu siapa sayang Dhia..
Zikir :: Siapa dia?
Dhia :: Allah
Zikir :: Abang pun sayangkan Dhia..lebih dari segala-galanya di dunia ni...
Dhia :: Jangan sayang Dhia lebih dari Allah...

**nantikan drama berikutnya GEMERSIK KALBU dalam slot Akasia di TV3..hehhehe

Fasha Sandha Buka Tirai Pesona Pengantin 2012

Salam & selamat petang..
Tidak keterlaluan jika Izkan katakan bahawa nama Fasha Sandha amat hebat sekali dalam dunia hiburan & rezekinya menjadi penghias muka depan majalah2 di Malaysia juga bagai goreng pisang panas. Setelah bulan November 2011, Fasha Sandha menjadi penghias muka depan bagi majalah GLAM Malaysia, Disember pula menjadi penghias muka depan Cosmopolitan & In-Trend, bagi pembuka tirai 2012 nie pulak, majalah Pesona Pengantin pula melamar & ‘menangkap’ jelitawan ini untuk dijadikan sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Dengan mengenakan busana kuning keemasan, pesona Fasha kali nie sangat terserlah & menampakkan sisi dirinya yang mungkin bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi, insyaAllah. Apa2pon, semoga Fasha sentiasa bahagia dengan pilihan dirinya. Jom kita lihat wajahnya sebagai penghias muka depan Pesona Pengantin...

3 Jaguh Uji Kemantapan

ABU DHABI: Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer akan turun beraksi pada perlawanan pertunjukan selama tiga hari dan menawarkan hadiah bernilai AS$250,000 (RM792,000) di Kejohanan Teluk sebagai persediaan awal menjelang musim 2012.

Aksi tahun baru akan menampilkan pemain nombor satu, Djokovic mempertahankan gelaran Grand Slam dan Nadal akan berusaha mengekalkan gelaran Olimpik dan Terbuka Perancis manakala Federer yang bakal meraikan ulang tahun ke-31 tahun depan berhasrat meneruskan rentak kejayaan pada penghujung 2011.

Djokovic meraih tiga daripada empat gelaran Grand Slams dan lima gelaran Masters tahun ini selain melakarkan rekod kemenangan 70-6.
Penguasaannya tersekat penghujung tahun ini apabila dihantui beberapa siri kecederaan belakang dan bahu namun pemain dari Serbia itu menegaskan dia sudah bersedia untuk memulakan musim 2012.

“Kejayaan tahun ini memberi saya sebab untuk percaya bahawa saya mampu menang sekali lagi. Mengapa tidak?” kata pemain yang sudah berada di Abu Dhabi dua minggu lalu.

“Saya rasa tiada perkara yang boleh menghalang selain keyakinan. Saya perlu percaya kepada kualiti dan kemampuan dan perlu percaya saya mampu untuk mengulangi kejayaan. 
“Sudah pasti ia akan menjadi satu tugas yang sukar untuk dicapai tapi anda tidak pernah tahu kerana tiada apa yang mustahil.” Nadal terpaksa melepaskan ranking selaku pemain nombor satu dunia kepada Djokovic pada 2011 biarpun beraksi lebih banyak daripada mana-mana pesaing iaitu 84 perlawanan.

Namun bagi pemain berusia 25 tahun yang menjuarai Terbuka Perancis, kejuaraan ke-10 dan keenam di Roland Garros percaya bahawa dia yang mengetuai Sepanyol untuk merangkul Piala Davis buat kali kelima mampu meneruskan penguasaannya untuk 2012. 
Dia bertekad menggunakan pendekatan baru dalam corak permainannya.

“Saya berkata kepada diri sendiri: ‘Jika saya melakukan lebih lagi, saya akan mampu untuk memenanginya semula.’ Ia satu motivasi. Berusaha dengan lebih membolehkan anda mendapat lebih banyak untuk diri sendiri.” “Saya perlu kembali mendapatkan rentak yang seharusnya lebih baik. Dari Indian Wells ke Wimbledon dan Olimpik, saya perlu kembali berada di tahap terbaik.” Sementara itu Federer membuktikan kepada pencabarnya bahawa dia tidak berada di tahap terbaik ketika menyambut ulang tahun ke-30 pada 2011.

Pemain Switzerland itu meraih gelaran pertama di Doha, Januari lalu sebelum menambah tiga lagi di Basel, Paris dan trofi kejuaraan keenam Jelajah Dunia. -AFP
sumber :: HMO 29/12/2011

Wednesday 28 December 2011

Promosi TERHEBAT SIMPLYSITI

Salam & selamat malam..
Adakah anda sedang mencari produk2 kosmetik pada musim cuti sekolah ini..?? ingin menukar trend pada awal tahun 2012..?? apa tunggu lagi, jom kita lihat sedikit sebanyak preview yang Izkan sediakan hari nie, promosi kali ini diadakan oleh produk SIMPLYSITI di Watsons & Guardian. Sekarang nie tengah hot2 dengan tawaran harga murah & hadiah2 yang boleh dibawa pulang oleh pengguna. Apa2 pun jom kita layan preview yang disediakan oleh Izkan mengenai produk2 terpilih yang harganya memang berbaloi..!!..list tersebut menunjukkan harga selepas diskaun ( Watsons )

1.    Simplysiti C Bright Simply 5 Cream ( BUY 1 FREE 1 )
2.   Simplysiti Gold Edition ( RM26.30 – RM43.90 ) **harga setelah diskaun 20%
3.    Simplysiti Perfect 2 Ways Cake ( RM29.95 ) **harga setelah diskaun 50%
4.   Simplysiti C Bright & New Age White Toner ( RM20.93 ) **harga setelah diskaun 30%
5.   Simplysiti C Bright & New Age Exfoliant ( RM19.95 ) **harga setelah diskaun 50%

**dengan setiap pembelian produk SIMPLYSITI RM80 & ke atas dalam satu resit akan mendapat ekslusif SIMPLYSITI TOTE BAG..!! ( rasenye jika stok masih ade la agknye ).

..list tersebut menunjukkan harga selepas diskaun ( Guardian ) **diskaun 15% keatas semua produk.

1.    Simply Dramatic Gel Eyeliner ( RM19.88 )
2.   Simply Feminine Blush ( RM31.88 )
3.    Simply Translucent Compact Powder ( RM39.88 )
4.   Clear Solution Charcoal Cleanser ( RM13.48 )
5.   C Bright Cleansing Foam & New Age Moisture Wash ( RM23.88 )

***keterangan lebih lanjut, lihat gambar promosi dibawah...

Izkan berkata :: semua maklumat diambil dari page SIMPLYSITI, jika ada pindaan promosi & tawaran diskaun, untung la anda2 sume..hheheeh..so sape yang berkenan & ingin mencuba rangkaian produk penjagaan kulit &n kosmetik SIMPLYSITI boleh la segera ke WATSONS & GUARDIAN berhampiran kawasan anda.. SELAMAT MEMBELI..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...