Tuesday 27 December 2011

Tekad RAFAEL NADAL..!!

MADRID: Rafael Nadal berkata corak permainannya tahun ini sudah boleh diramalkan dan dia ada kalanya gagal untuk mengawal gelanggang dan perlu mengatasi kelemahan jika mahu menang di Wimbledon dan Olimpik 2012.
“Tahun ini anda kehilangan sedikit intensiti. Intensiti terhadap kepercayaan diri, tumpuan, menjadi lebih positif, percaya beberapa perkara akan menjadi baik dan semua itu berada dalam minda. Tahun ini saya merasa sedikit kehilangan semua perkara itu,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu mengetuai Sepanyol merangkul Piala Davis yang kelima awal Disember lalu dan muncul juara Terbuka Perancis tahun ini.
Namun dia tewas di final Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Novak Djokovic sekali gus terpaksa melepaskan gelaran pemain nombor satu dunia kepada pemain Serbia itu.

“Pada setengah tahun pertama semuanya baik tapi tidak sempurna kerana saya memerlukan lebih lagi dalam perlawanan menentang Djokovic. Tapi semua itu tidak mengapa.

“Saya perlu berusaha dan berjuang kembali namun secara jelasnya tahap permainan saya sedikit kurang. Apabila anda dapat merasainya, fikiran anda akan bertindak balas lebih baik. Permainan saya sudah boleh diramalkan banyak kali musim ini,” kata Nadal
“Semua perkara itu perlu saya perbaiki untuk 2012.” Nadal berkata, dia perlu bermain lebih lagi di dalam gelanggang untuk menewaskan lawan dan cuba mengawal dan bukannya membiarkan mereka merencanakan perlawanan.

2011 menyaksikan beberapa ketikanya saya seperti kehilangan sesuatu,” katanya.
Katanya, 2011 secara keseluruhannya berjalan dengan baik namun dia merasakan ‘teruk’ pada penghujung tahun dan ‘sangat teruk’ apabila tewas pada saingan penamat musim ATP Jelajah Dunia kepada Jo-Wilfried Tsonga“Tapi ia bukan satu malapetaka dan saya tidak boleh menang kerana saya terlalu risau,” katanya.

“Saya mengatakan kepada diri sendiri: ‘Jika saya melakukan lebih sedikit saya akan kembali untuk menang semuanya sekali lagi’. 
“Itu satu motivasi. Berusaha lebih keras akan memberikan kejayaan yang lebih kepada anda sendiri,” katanya.

Saya perlu kembali mendapatkan tahap keupayaan yang sepatutnya lebih tinggi. Daripada Indian Wells ke Wimbledon dan Olimpik London saya perlu mencapai kembali tahap terbaik saya.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...