Saturday 24 December 2011

Satelit Rusia Terhempas di Siberia Selepas Dilancarkan

Salam & selamat pagi..
Baru2 ini sekitar pukul 9.50 pagi ini, berita yang Izkan baru terima bahawa satelit Rusia terhempas di Siberia sejurus selepas beberapa minit dilancarkan. Dari sumber2 berita juga, satelit tersebut dilancarkan sekitar hari jumaat ( waktu tempatan ) & masalahnya berikutan mempunyai sedikit gangguan pada roket pelancarnya.
Sekadar gambar hiasan

Kementerian Pertahanan Rusia memberi ulasan bahawa ia adalah kegagalan yang memalukan terhadap program angkasa lepas negara tersebut. Selain itu, jurucakap Angkasa Lepas Rusia, ALEXEI ZOLOTUKHIN berkata,  satelit tersebut gagal memasuki orbit & suruhanjaya persekutuan akan menyiasat punca kemalangan tersebut.

Olahan sumber ::BHO 24/12/2011

1 comment:

  1. Rugi jer kan wat satelit mahal2 bagai pastu terhempas. Kan dah sia2, adeh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...