Tuesday 6 December 2011

Adik KHAIRUL FAHMI CHE MAT Meninggal Dunia

Al – Fatihah.....
Salam takziah dari blog Izkan ucapkan kepada keluarga penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atas pemergian adiknya yang tersayang, Mohd Amirul Izzat, 16 tahun kira2 pada pukul 11.15 pagi tadi. Allahyarham Mohd Amirul Izzat meninggal dunia disebabkan demam denggi selepas 5 hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Sebelum itu, Allahyarham menerima rawatan selama 15 hari di HRPZ II. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.


kata - kata KFCM ::
Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Izkan berkata :: Jutaan takziah sekali lagi diucapkan, semoga Khairul Fahmi sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa sekeluarga,. Al-Fatihah..
( kredit SUMBER atas infonya )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...