Saturday 24 December 2011

ADRIANNE Juara America's Next Top Model Musim 1

Salam & selamat malam semua..
Seperti yang dijanjikan dulu, Izkan akan berkongsi sedkit sebanyak cerita & latar belakang mengenai juara2 yang dilahirkan dari program pencarian model terulung di Amerika, tak lain tak bukan, AMERICA’S NEXT TOP MODEL. Bagi malam nie, kite akan saksikan sedutan2 wajah pemenang bagi musim yang pertama iaitu ADRIANNE CURRY.

ADRIANNE, dilahirkan pada 6 Ogos 1982 ini telah menjuarai AMERICA’S NEXT TOP MODEL bagi musim pertama iaitu yang diadakan pada 2003 bertempat di New York, Amerika Syarikat. ADRIANNE juga telah mengikat kontrak bersama Wilhelmina Models di New York City. Juara pertama ini juga telah menghiasi pelbagai muka depan majalah2 yang hebat seperti Life & Style Weekly, Star, People, Maxim, Marie Claire & sebagainya.

Model yang memiliki rambut ‘brown’ & ‘gree/blue’ bagi matanya, pernah menghiasi kulit majalah Playboy sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2005 & 2008, malah tersenarai antara 25 wanita paling seksi bagi majalah Playboy. ADRIANNE juga banyak terlibat di belakang tabir, televisyen & drama termasuklah ‘game show Ballbreakers, Marathon, Rock Me Baby, Half & Half & sebagainya.

 ADRIANNE juga tersenarai dalam kalangan MAXIM’S HOT 100 oleh MAXIM pada tahun 2005. Beliau juga berpasangan dengan CHRISTOPHER KNIGHT & hanya bertahan selama 5 tahun setelah berpisah pada bulan May 2011 yang lalu.

..nantikan sambungan, juara musim ke-2 pulak ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...