Tuesday 6 December 2011

'ALL YOUR LOVE' Taruhan Pertama Dato' Siti Nurhaliza

Salam sume, malam nie kita akan preview sedikit sebanyak mengenai album terbaru milik penyanyi paling popular MALAYSIA, tak lain tak bukan, Dato’ Siti Nurhaliza ( lagu popular sekarang FALLING IN LOVE ) yang diberi judul ALL YOUR LOVE. Album ini adalah album pertama Siti Nurhaliza yang memuatkan sepenuhnya lagu2 inggeris dalamnya. Album di bawah label What’s Up Entertainment milik Adib Khalid ini telah dipasarkan melalui fizikal pada penghujung September 2011. Keseluruhan lagu tersebut telah digarap dengan penuh indah oleh Bryan Buoro & Christian Alexander. Tambahan lagi, lagu2 tersebut ‘mixed & mastered’ di banyak studio termasuk studio mixHaus di Los Angeles, Oasis Mastering Burbank, California dan WhyteHype Studios di Perth, Australia

Menariknya dalam album ALL YOUR LOVE ini menampilkan featuring iaitu bagi lagu REMEMBER YOU bersama Sean Kingston & I’LL WAIT FOREVER bersama Christian Alexander. Menampilkan 10 buah lagu, lagu2 yang terdapat dalam album ini mempunyai ‘aura’ yang tersendiri & genre yang menarik ditambah pulak kualiti vokal yang dimiliki oleh SITI NURHALIZA yang tidak boleh disangkal lagi. Bermula dengan trek 1 iaitu ALL YOUR LOVE ( sama dengan tajuk album ) sehinggalah ke trek 10, REMEMBER YOU, keseluruhannya amatlah membanggakan & mempesonakan dengan alunan suara SITI NURHALIZA yang mantap..!! pujian harus diberikan kepada team ALL YOUR LOVE & SITI NURHALIZA sendiri kerana mencabar diri bagi membuat kelainan dalam album terbarunya ini kerana sebelum ini beliau merakamkan genre pop & irama tradisional.

Bagi izkan, lagu2 yang terdapat dalam album ini memang sedap dilayan & ada diantaranya easy-listening mcm lagu NOBODY ELSE pada trek 2. Bagi anda yang mahu melayan perasaan, boleh la mendengar trek 7, I CRY OUT & mahukan rentak balada yang kuat, trek 9 boleh membawa anda ke dunia balada & bunyinya seperti lagu2 CELINE DION tp STAND UP ini lagu milik SITI NURHALIZA..heehe..tp siyes, keseluruhannya memang terbaik & terhebat malah tidak mustahil la anda akan putarkan byk kali album ini. Trek 4 ALL OVER AGAIN mirip2 lagu IRREPLACEABLE milik BEYONCE tp saya sukakannya. Terlalu banyak saya nk cakap tp asenye better anda yang belum mendapatkan ALL YOUR LOVE boleh la dapatkannya sekarang...!! memang puas hati..!! jom kita layan sedikit gambar yg sempat dirakamkan oleh www.budiey.com sekitar majlis pelancaran ALL YOUR LOVE..!!








Lagu2 yang terkandung dalam ALL YOUR LOVE ::
1.    ALL YOUR LOVE
2.   NOBODY ELSE
3.    TONIGHT
4.   ALL OVER AGAIN
5.   I’LL WAIT FOREVER
6.    FALLING IN LOVE
7.   I CRY OUT
8.   FIGHT FOR LOVE
9.   STAND UP
10.REMEMBER YOU

Izkan berkata :: saya yakin, album ini boleh menambat hati semua golongan & boleh diangkat sebagai ALBUM TERBAIK....!!! secara peribadi, album ini adalah sentuhan terbaik & digarap dengan penuh indah. Semoga DATO’ SITI NURHALIZA akan menghasilkan karya2 yang terbaik lagi selepas ini ye..(maaf jika ada silap info )
kredit gambar www.budiey.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...