Wednesday 24 August 2011

BERI BIRU - SI BIRU YANG BERKHASIAT..!!!


Kajian University of Michigan Cardiovaskular Center mendapati beri biru @ blueberry adalah buah paling kaya antioksidan berbanding buah – buahan lain. Kandungan antosianin, Vitamin C, B Kompleks, E & A, Zink, Zat Besi, Tembaga & Selenium membantu meningkatkan kekebalan tubuh individu sekaligus menjauhkan serangan selesema & demam.

2009 Experimental Biology conference menyatakan, diet yang kaya beri biru berupaya menurunkan kadar kolesterol, mengawal glukosa, meningkatkan sensitiviti insulin, menurunkan risiko penyakit jantung & diabetes.

Bagi yang ingin mendapatkan tubuh langsing pula, beri biru ini membantu mengempiskan perut kerana keupayaanya membakar lemak di perut. Selain itu, buah berwarna biru gelap ini juga dapat membnatu meningkatkan kesihatan saluran kencing menerusi komponennya yang mampu menghambat pertumbuhan bakteria.

*sumber :: Harmoni edisi Julai 2011

Tuesday 23 August 2011

Maria Sharapova tawan Cincinnati..!!!!!

 Pemain Russia, Maria Sharapova mengalahkan Jelena Jankovic dari Serbia 4-6, 7-6, 6-3 untuk menjuarai kejohanan tenis Terbuka Cincinnati semalam sekali gus muncul sebagai seorang daripada pemain pilihan bagi Terbuka Amerika Syarikat.

Ada 16 ‘break’ terhadap servis pada perlawanan akhir menarik itu tetapi Maria mengungguli lawannya untuk meraih kejuaraan keduanya musim ini dan ke-24 sepanjang kariernya menjelang acara Grand Slam terakhir musim ini, bermula pada 29 Ogos di New York.

Bagaimanapun, Sharapova tidak diberikan jalan mudah untuk menjuarai tersebut. Tampil selaku pemain pilihan ke-4 kejohanan, Sharapova membuktikan dirinya masih jaguh tenis dunia apabila kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan pada set penentuan & sekaligus mencatatkan kemenangan keatas Jelena Jankovic.
Sementara itu, kemarau kejuaraan Jankovic berterusan ekoran kekalahan tersebut. Kali terakhir Jankovic merekodkan kemenangan adalah di Indian Wells 2010.
Laluan Kejayaan Maria Sharapova ::
Pusingan Pertama :: BYE
Pusingan Kedua :: Anastasia Rodionova ( Australia )
Pusingan Ketiga :: Svetlana Kuznetsova ( Rusia )
Pusingan Suku Akhir :: Sam Stosur (Australia )(10)
Pusingan Separuh Akhir :: Vera Zvonareva ( Rusia ) (2)
Pusingan Akhir :: Jelena Jankovic  ( Serbia ) (13)

MARIA SHARAPOVA juga berjaya melonjakkan rankingnya ke no.4 dunia apabila menjuarai kejohanan tersebut..

*JUTAAN TAHNIAH DIUCAPKAN..

Monday 8 August 2011

BUAH NONA - BERSEDIAKAH ANDA DENGANNYA????


Akhbar TIMES of INDIA menjelaskan bahawa buah NONA amat berguna utk kecantikan wanita.. Kandungan vitamin A yg terdapat dalamnya mampu mencantikkan kulit, meningkatkan fungsi mata & memelihara kesihatan rambut secara semulajadi.


Selain memberi manfaat kecantikan kepada setiap individu, buah NONA juga mampu melawan radikal bebas dalam tubuh menerusi kandungan antioksidan & vitamin C. Memiliki kalium yg tinggi pula dapat membuatkan buah NONA mampu melindungi daripada serangan penyakit jantung.

Manakala kandungan magnesium membantu menyeimbangkan air dalam tubuh badan manusia, mengurangi gejala reumatik, radang sendi & mengatasi sakit otot. Buah NONA juga dikenali sebagai CUSTARD APPLE @ SUGAR APPLE kerana berkhasiat utk mengawal tekanan darah, menormalkan fungsi pencernaan, menyembuhkan sembelit & cirit –birit.

p/s :: kecantikan pada masa kini bukan sahaja kepada wanita malahan kaum adam juga mahukan kulit yg cantik & bersih.. Jadi, marilah kite menjaga kulit & anggota badan kita agar kecantikannye akan terserlah....(@_@)..*rasa macam jadi duta produk pulak..huhuhu...

sumber :: Majalah Harmoni 1-15 Julai 2011.

Thursday 4 August 2011

MARIA SHARAPOVA - JELITAWAN & ATLET TAKLUK DUNIA KEKAYAAN..!!!!

Assalamualaikum... hari yang sangat bertuah bagi penggemar sukan TENIS di dunia & peminat besar MARIA SHARAPOVA seperti IZKAN.. pagi nie IZKAN terbace satu artikel di HARIAN METRO mengenai 10 ATLET WANITA PALING KAYA DI DUNIA oleh MAJALAH FORBES..

TAHNIAH sekali lagi buat MARIA SHARAPOVA apabila namanya sekali lagi mengetuai senarai atlet wanita paling kaya di dunia tersebut buat klai ke-7 berturut-turut.. Jom kite saksikan dgn lebih detail keratan akhbar HARIAN METRO yg bertarikh 04/08/2011 ini.. JOM!!!!!!!!!


MARIA SHARAPOVA mungkin tidak pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam sejak 2008 tetapi kedudukan pemain tenis Russia itu sebagai atlet wanita dengan bayaran paling lumayan di dunia masih tidak tergugat.


Bagi tahun ketujuh berturut-turut, MARIA mengetuai senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes meskipun gagal menambah sebarang gelaran kepada tiga gelaran Grand Slam yang dimilikinya, biarpun mara pada final Wimbledon Julai lalu.


Bersama produk wangiannya..
Pendapatan MARIA, majoritinya menerusi tajaan di luar gelanggang dianggarkan bernilai AS$25 juta (RM74.3 juta), dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya, pemain Denmark, Caroline Wozniacki yang juga pemain tenis wanita nombor satu dunia ketika ini. 
Sebagai cover majalah terkemuka


Pelumba kereta Amerika Syarikat, Danica Patrick di tangga ketiga dengan AS$12 juta (RM35.6 juta) diikuti tiga pemain tenis iaitu Venus Williams, pemain Belgium, Kim Clijsters serta Serena Williams.

Tujuh daripada sembilan atlet paling lumayan adalah pemain tenis, termasuk pemain China, Li Na yang mengumpul AS$8 juta (RM23.7 juta) tahun lalu tetapi dijangka memperbaiki kedudukan di ranking dunia dan mencabar Maria di tangga teratas selepas kemenangannya di Terbuka Perancis.

Sebagai model & duta Cole Haan







10 atlet wanita paling lumayan

1. Maria Sharapova (Russia, tenis)
  AS$25 juta (RM74.3 juta) 

2. Caroline Wozniacki (Denmark, tenis)
  AS$12.5 juta (RM37.1 juta)

3. Danica Patrick (Amerika Syarikat, lumba kereta)
  AS$12 juta (RM35.6 juta)

4. Venus Williams (Amerika Syarikat, tenis)
  AS$11.5 juta (RM34.2 juta)

5. Kim Clijsters (Belgium, tenis)
  AS$11 juta (RM32.7 juta)

6. Serena Williams (Amerika Syarikat, tenis)
Cover majalah terkemuka
 dunia
  AS$10.5 juta (RM31.2 juta)

7. Kim Yuna (Korea Selatan, luncur ais)
  AS$10 juta (RM29.7 juta)

8. Li Na (China, tenis)
  AS$8 juta (RM23.7 juta)

9. Ana Ivanovic (Serbia, tenis)
  AS$6 juta (RM17.8 juta)

10. Paula Creamer (Amerika Syarikat, golf)
  AS$5.5 juta (RM16.3 juta)

Maria Sharapova juga dikategorikan sebagai atlet yg mempunyai pakej lengkap sebagai model..



Monday 1 August 2011

ISTILAH dalam GEOGRAFI..!!!!!

Assalamualaikum...selamat petang sume..minggu nie & bulan nie mmg izkan GIGIH nk update blog ni..motipp sangat kan????hahahh.... Pe2pon utk kali ini, IZKAN akan berkongsi sedikit sebanyak dibawah ‘pelepah’ PENDIDIKAN pulak.. Sebelum nie kita lebih menjurus kepada info2,fesyen,kesihatan,lelaki, jadi kali ini IZKAN ingin ‘berubah angin’ sedikit tetapi tetap dgn objektif yg sama iaitu ingin berkongsi kepada sume org yg membaca entry kali ni... *prefer kpd student jugak ye.. So, kali ni kite akan ‘KEMBALI KE SEKOLAH’ dgn berkongsi sedikit sebanyak mengenai salah satu mata pelajaran yg menjad pilihan ramai pelajar – GEOGRAFI. Akan tetapi kali ni IZKAN akan berkongsi KONSEP-KONSEP yg terdapat dalam subjek GEOGRAFI..(sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar2 utk mendalami & memudahkan pelajar menghafal konsep2 dalam GEOGRAFI dengan lebih cepat )..

  Batu Kapur Fossiliferous                      

PROSES GEOMOFORLOGI :: Semua proses fizikal, kimia & biologi yg bertanggungjawab membentuk, memperkembang & mengubah bentuk muka bumi samada secara makro @ mikro.

PROSES ENDOGENIK :: Proses yg berasal dari dalam KERAK BUMI seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi, aktiviti igneus & metamorfosisme batuan.


PROSES EKSOGENIK :: Proses yg beroperasi di PERMUKAAN BUMI seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.

LULUHAWA :: Proses PEMECAHAN & PENGURAIAN @ PEREPUTAN batuan & berlaku secara in-situ ( setempat ).

HAKISAN :: Proses PENGHAUSAN  yg dialami permukaan bumi akibat TINDAKAN AGEN yg bergerak seperti air, udara, ombak & glasier.

Batu Gneiss
PROSES GERAKAN JISIM :: Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya TARIKAN GRAVITI ( samada perlahan, cepat @ serta merta ).

p/s :: kite akan bersmbung lagi ye dgn pelbagai konsep2 GEOGRAFI lagi ye..jgn lupe gunakan sebaik mungkin & sangat sesuai digunapakai dalam peperiksaan anda sume..!!!!!...heheheh.. Nantikan sambungannye ye...(@__@)

sumber asal :: Cikgu Rusly Musa_GASF
                                                               

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...