ABU DHABI: Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer akan turun beraksi pada perlawanan pertunjukan selama tiga hari dan menawarkan hadiah bernilai AS$250,000 (RM792,000) di Kejohanan Teluk sebagai persediaan awal menjelang musim 2012.
Aksi tahun baru akan menampilkan pemain nombor satu, Djokovic mempertahankan gelaran Grand Slam dan Nadal akan berusaha mengekalkan gelaran Olimpik dan Terbuka Perancis manakala Federer yang bakal meraikan ulang tahun ke-31 tahun depan berhasrat meneruskan rentak kejayaan pada penghujung 2011.
Djokovic meraih tiga daripada empat gelaran Grand Slams dan lima gelaran Masters tahun ini selain melakarkan rekod kemenangan 70-6.
Penguasaannya tersekat penghujung tahun ini apabila dihantui beberapa siri kecederaan belakang dan bahu namun pemain dari Serbia itu menegaskan dia sudah bersedia untuk memulakan musim 2012.
“Kejayaan tahun ini memberi saya sebab untuk percaya bahawa saya mampu menang sekali lagi. Mengapa tidak?” kata pemain yang sudah berada di Abu Dhabi dua minggu lalu.
“Saya rasa tiada perkara yang boleh menghalang selain keyakinan. Saya perlu percaya kepada kualiti dan kemampuan dan perlu percaya saya mampu untuk mengulangi kejayaan. “Sudah pasti ia akan menjadi satu tugas yang sukar untuk dicapai tapi anda tidak pernah tahu kerana tiada apa yang mustahil.” Nadal terpaksa melepaskan ranking selaku pemain nombor satu dunia kepada Djokovic pada 2011 biarpun beraksi lebih banyak daripada mana-mana pesaing iaitu 84 perlawanan.
Namun bagi pemain berusia 25 tahun yang menjuarai Terbuka Perancis, kejuaraan ke-10 dan keenam di Roland Garros percaya bahawa dia yang mengetuai Sepanyol untuk merangkul Piala Davis buat kali kelima mampu meneruskan penguasaannya untuk 2012. Dia bertekad menggunakan pendekatan baru dalam corak permainannya.
“Saya berkata kepada diri sendiri: ‘Jika saya melakukan lebih lagi, saya akan mampu untuk memenanginya semula.’ Ia satu motivasi. Berusaha dengan lebih membolehkan anda mendapat lebih banyak untuk diri sendiri.” “Saya perlu kembali mendapatkan rentak yang seharusnya lebih baik. Dari Indian Wells ke Wimbledon dan Olimpik, saya perlu kembali berada di tahap terbaik.” Sementara itu Federer membuktikan kepada pencabarnya bahawa dia tidak berada di tahap terbaik ketika menyambut ulang tahun ke-30 pada 2011.
Pemain Switzerland itu meraih gelaran pertama di Doha, Januari lalu sebelum menambah tiga lagi di Basel, Paris dan trofi kejuaraan keenam Jelajah Dunia. -AFP
sumber :: HMO 29/12/2011
No comments:
Post a Comment