Sunday 4 December 2011

MISS EARTH 2011 milik Ecuador..!

Salam & selamat malam.. sihat sume?? Malam nie nk berkongsi sedikit sebanyak event yang berlaku pada hari semalam. Maaf sebab lambat update sikit. Semalam telah berlangsungnya sebuah pertandingan yang menampilkan wanita2 cantik seluruh dunia iaitu MISS EARTH 2011. Pada edisi tahun ini iaitu edisi yang ke-11, acara gilang gemilang ini dengan jayanya berlangsung di Filipina. Pada asalnya acara gilang gemilang ini akan diadakan di Thailand tp atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan, ianya ditukar ke Filipina. 85 orang peserta bertanding bagi merebut gelaran di atas 1 pentas tersebut manakala hanya seorang sahaja yang layak merangkul gelaran sekaligus dimahkotakan sebagai MISS EARTH 2011.

Pada tahun 2011 ini telah menyaksikan wakil Ecuador telah berjaya membawa pulang mahkota tersebut selepas wakilnya OLGA ALAVA membenam cabaran ratu2 yang lain sekaligus dimahkotakan sebagai MISS EARTH 2011 sambil di bantu oleh pemenang  MISS EARTH 2011 dari India. Manakala Miss Air 2011 menjadi milik Brazil, Miss Fire 2011 milik Venezuela & Miss Water 2011 milik tuan rumah, Filipina. Jom kita saksikan gambar2 ketika majlis gilang gemilang itu berlangsung...

MISS EARTH 2011, OLGA ALAVA dari Ecuador

Dari kiri, FILIPINA, ECUADOR, BRAZIL, VENEZUELA

Ketika dimahkotakan sebagai MISS EARTH 2011

MISS AIR 2011, MISS BRAZIL

Senyuman kebahagiaan & kegembiraan
Info penting :: Wakil VENEZUELA tersenarai dalam TOP 4 dalam MISS EARTH sebanyak 7 tahun berturut - turut

Izkan berkata :: Tahniah diucapkan pada wakil Ecuador, OLGA ALAVA...!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...