Tuesday 20 December 2011

Bilionair Arab Saudi Beli Saham TWITTER...!!!!

DUBAI: Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, pelabur di beberapa syarikat utama dunia, membeli saham Twitter dengan harga AS$300 juta (RM900 juta). Langkah itu membolehkannya bertapak dalam satu lagi industri media global.

Alwaleed, anak saudara Raja Abdullah yang disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai orang ke-26 paling kaya di dunia dengan harta sebanyak AS$19.6 bilion (RM61 bilion), sebelum ini memiliki tujuh peratus saham dalam News Corp dan merancang untuk memulakan satu rangkaian berita kabel. 
Pembelian itu dianggap menarik kerana Twitter menjadi saluran komunikasi penting bagi penunjuk perasaan dalam revolusi Kebangkitan Arab sejak awal tahun ini yang turut mengancam Saudi.

Ancaman itu memaksa negara berkenaan melancarkan pakej belanjawan berjumlah AS$130 bilion (RM403 bilion) bagi menambat hati rakyatnya.

Twitter yang membenarkan orang ramai menghantar mesej 140 karektor atau Tweets, kepada kumpulan atau pengikut, adalah antara perkhidmatan rangkaian sosial paling popular di samping Facebook dan Zynga
Saham Twitter itu yang dibeli bersama oleh Alwaleed dan syarikat pelaburannya, Kingdom Holding dilakukan selepas rundingan selama beberapa bulan.

Bernhard Warner, pengasas syarikat penganalisis, Social Media Influence berkata: “Dunia Arab sudah tentu mengetahui nilai Twitter. Sejak setahun lalu, ia menjadi kuasa politik dan perubahan rejim. Tidak seorang pun di rantau itu yang berada dalam kedudukan berpengaruh yang tidak mengikut peningkatan kuasa Twitter.” - AP

Sumber :: olahan HM 20/12/2011

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...