Sunday 15 May 2011

BAPTISTE GIABICONI :: Si Keding Tawan Dunia Modelling

Dia tidak menyangka akan menempa nama dalam dunia glamor ini. Sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang yang mengeluarkan peralatan elektronik untuk pesawat. Pada waktu lapang, jejaka yang dilahirkan di Perancis pada tahin 1990 ini gemar mengunjungi gymnasium kerana dia memang seorang yang menjaga kesihatan & kecergasan.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang ejen dari agensi modeling membuka laluan untuk BAPTISTE GIABICONI mencipta nama dalam bidang ini. Memiliki ketinggian 188sm dan berwajah komersial, BAPTISTE  ditawarkan menjadi model dibawah naungan utama MGM di Paris, BAPTISTE turut bernaung dibawah agensi DNA Models di New York, Mega Agency (Hamburg), d’management ( Milan ), Scoop ( Copenhagen ) dan Premier (London).
Sesi fotografi pertama yang dilakukannya ialah untuk iklan kempen pakaian jenama FRANKIE MORELLO. Kemudian, BAPTISTE semakin laku di pentas peragaan dan iklan komersial. Walaupun dikritik hebat oleh supermodel terkenal, NOAMI CAMPBELL yang mempersoalkan penampilan BAPTISTE di pentas fesyen kerana tubuh jejaka tersebut yang terlalu kurus. Namun kritikan itu disangkal oleh pereka fesyen terkenal KARL LEGERFELD yang berpendapat, walaupun kurus namun BAPTISTE memiliki bentuk badan atlet yang amat sesuai untuk disarung dengan pelbagai jenis pakaian. Lantas pereka fesyen jenama CHANEL dan FENDI itu telah mengambil BAPTISTE sebagai anak didiknya.
Sejak itu, BAPTISTE menjadi model pilihan utama bagi memperagakan pakaian rekaan terbaru CHANEL dan FENDI sama ada di pentas fesyen, media cetak ataupun elektonik. Walaupun menjadi model lelaki utama untuk CHANEL, namun BAPTISTE juga pernah memperagakan jenama terkenal lain seperti ARMANI dan JUST CAVALLI. Pada Januari yang lalu, BAPTISTE telah memperbaharui kontraknya bersama CHANEL dan pencapaiannya sala dunia modeling biarpun setahun jagung tetapi amat membanggakan apabila menduduki tangga pertama dalam carta Top 50 Male Models oleh www.models.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...