Saturday, 24 December 2011

ADRIANNE Juara America's Next Top Model Musim 1

Salam & selamat malam semua..
Seperti yang dijanjikan dulu, Izkan akan berkongsi sedkit sebanyak cerita & latar belakang mengenai juara2 yang dilahirkan dari program pencarian model terulung di Amerika, tak lain tak bukan, AMERICA’S NEXT TOP MODEL. Bagi malam nie, kite akan saksikan sedutan2 wajah pemenang bagi musim yang pertama iaitu ADRIANNE CURRY.

ADRIANNE, dilahirkan pada 6 Ogos 1982 ini telah menjuarai AMERICA’S NEXT TOP MODEL bagi musim pertama iaitu yang diadakan pada 2003 bertempat di New York, Amerika Syarikat. ADRIANNE juga telah mengikat kontrak bersama Wilhelmina Models di New York City. Juara pertama ini juga telah menghiasi pelbagai muka depan majalah2 yang hebat seperti Life & Style Weekly, Star, People, Maxim, Marie Claire & sebagainya.

Model yang memiliki rambut ‘brown’ & ‘gree/blue’ bagi matanya, pernah menghiasi kulit majalah Playboy sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2005 & 2008, malah tersenarai antara 25 wanita paling seksi bagi majalah Playboy. ADRIANNE juga banyak terlibat di belakang tabir, televisyen & drama termasuklah ‘game show Ballbreakers, Marathon, Rock Me Baby, Half & Half & sebagainya.

 ADRIANNE juga tersenarai dalam kalangan MAXIM’S HOT 100 oleh MAXIM pada tahun 2005. Beliau juga berpasangan dengan CHRISTOPHER KNIGHT & hanya bertahan selama 5 tahun setelah berpisah pada bulan May 2011 yang lalu.

..nantikan sambungan, juara musim ke-2 pulak ye...

Tikus GIGIT Kemaluan Sampai PUTUS??

BERITA TERBARU :
Seorang pesakit radang paru2 @ pneumonia dipercayai mengalami pendarahan yang teruk sehingga maut akibat alat kelaminnya putus digigit tikus di sebuah hospital di Kolkata, India. Kejadian menakutkan itu telah berlaku di Hospital SSKM semalam pada ARUN SANDHUKH, 53 tahun semasa lelaki itu menerima rawatan, kata akhbar Asian Age. Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus yang berkeliaran dalam wad.
Sekadar gambar hiasan

Tiada seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus, “ kata seorang saudara kepada lelaki tersebut.

Ahli keluarga mangsa yang berada datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah. Kejadian malang di hospital yang tidak cukup dgn kelengkapan & sesak dengan pesakit itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia 3 minggu mengakibatkan kematiannya. Selain itu, sebuah hospital swasta, pada 9 Disember lepas, lebih 90 maut lemas terhidu asap dalam satu kebakaran bangunan tersebut.
Sumber :: KL-TODAY.COM

Coretan Sensasi ANTM Part 2

sambungan daripada entry KLIK SINI
Juara Paling Tinggi dalam Sejarah America’s Next Top Model 
Nama :: Ann Ward
Musim :: Musim 15
Tinggi :: 6’ 2” ( 188cm )

Juara Paling Rendah dalam Sejarah America’s Next Top Model 
Nama :: Eva Pigford
Musim :: Musim 3
Tinggi :: 5’6.5” ( 168cm )

Juara Paling Berat dalam Sejarah America’s Next Top Model 
Nama :: Whitney Thompson
Musim :: Musim 10
Berat :: 72kg

Juara Paling Ringan dalam Sejarah America’s Next Top Model 
Nama :: Jaslene Gonzalez
Musim :: Musim 8
Berat :: 50kg

..nantikan sambungannye dalam Coretan Sensasi ANTM Part 3 ok..




Gempa Bumi GEGAR Christchurch

Berita yang baru Izkan terima juga & terbace sekitar 10.30 pagi, just nk berkongsi kepada anda sume yang sentiasa menyokong blog Izkan, & rasanya anda perlu baca & ketahui isu2 semasa yang berlaku dalam dunia ini. Ok, jom kite tgk.
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan New Brighton dan Burwood ditenggelami banjir lumpur selepas gempa bumi melanda Christchurch semalam.

Satu kejadian besar telah berlaku iaitu gempa bumi berukuran sederhana pada magnitud 5.0 telah menggegarkan Kepulauan Selatan New Zealand, awl pagi tadi iaitu hanya 21 kilometer dari lokasi gempa bumi bandar CHRISTCHURCH

Semalam, CHRISTCHURCH digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.8 magnitud untuk seketika, sekaligus mememaksa orang ramai mengosongkan bangunan sekitarnya. Ketika kejadian Februari lalu, bandar kedua terbesar NEW ZEALAND itu digegarkan gempa bumi dengan magnitud 6.3 & mengakibatkan 181 – 182 ( maaf jika ada kesilapan ) terkorban manakala sebahagian daripada bandar di sana musnah.

sumber :: BHO1 & BHO2

Satelit Rusia Terhempas di Siberia Selepas Dilancarkan

Salam & selamat pagi..
Baru2 ini sekitar pukul 9.50 pagi ini, berita yang Izkan baru terima bahawa satelit Rusia terhempas di Siberia sejurus selepas beberapa minit dilancarkan. Dari sumber2 berita juga, satelit tersebut dilancarkan sekitar hari jumaat ( waktu tempatan ) & masalahnya berikutan mempunyai sedikit gangguan pada roket pelancarnya.
Sekadar gambar hiasan

Kementerian Pertahanan Rusia memberi ulasan bahawa ia adalah kegagalan yang memalukan terhadap program angkasa lepas negara tersebut. Selain itu, jurucakap Angkasa Lepas Rusia, ALEXEI ZOLOTUKHIN berkata,  satelit tersebut gagal memasuki orbit & suruhanjaya persekutuan akan menyiasat punca kemalangan tersebut.

Olahan sumber ::BHO 24/12/2011

Friday, 23 December 2011

'SELAMAT MALAM KEKASIH' Bukan Sekadar CINTA..

Salam & selamat malam..
Sihat sume?? Semoga sihat sejahtera hendaknya, malam nie izkan nk berkongsi dengan korg semua pasal pandangan Izkan sendiri mengenai novel yang telah dibaca oleh Izkan pada pertengahan OKTOBER lalu ( baru nk ulasa skit ).. hehhehe.. tambahan lagi, nie la 1st time Izkan memberi pandangan mengenai novel dari ape yang izkan telah bace selame nih. Mungkin jika ade masa nanti, insyaAllah Izkan akan preview & bgi ulasan utk novel2 yang seterusnya..

Malam ini, novel yang menjadi pilihan izkan ialah SELAMAT MALAM KEKASIH, hasil nukilan indah AINA EMIR. AINA EMIR antara nama yang gah dalam bidang penulisan novel & amat terkenal dengan hasil nukilan indahnya.

SELAMAT MALAM KEKASIH’ ..!! wahh, jiwangnya...!! jgn salah anggap dengan tajuk novel itu, sebenarnya, jauh dalam hasil nukilan tidaklah tertumpu 100% berkait dengan bibit2 cinta semata2. Tidak keterlaluan jika Izkan mengatakan bahawa ‘SELAMAT MALAM KEKASIH’ adalah buah tangan istimewa & unik bagi penggemar novel2 diluar sana.
Kisah keluarga juga diselitkan

Kenape izkan ckp sangat istimewa & unik?? Kerana dalam hasil nukilan tersebut tidaklah mengisahkan cinta antara lelaki & perempuan sahaja, bahkan keindahan kejujuran & kesetiaan dalam amalan seharian, isu2 kehidupan Melayu elit masa kini, bahkan tidak lupa pada soal agama, harta, waris ditambahkan lagi perisa romantis pasti menggamit si pembaca yg budiman..

Bagaimana kisah cinta MAYA & MISYAL..??
Semoga dengan lahirnya watak MAYA KAMILLA & MISYAL ( sebagai watak utama ) akan menambahkan lagi romantis anda..!! hehehe..jalan cerita yang sangat menarik mengisahkan keindahan cinta antara MAYA KAMILLA & MISYAL diselitkan dengan elemen AGAMA , BUDAYA & KELUARGA pasti meruntun kalbu ditambahkan pulak dengan konflik2 yang melanda keutuhan cinta mereka & halangan yang melanda...!! adakah mereka akan ke jinjang pelamin pada akhirnya..?? adakah mereka menemukan DESTINASI CINTA pada akhirnya, semuanya terjawab dalam SELAMAT MALAM KEKASIH..!!

Izkan berkata :: perghhh, nie memang antara novel paling BEST pernah bace..!! jika anda belum mendapatkannya, boleh la dapatkannye ok di pasaran dengan hrga RM23.90..hehehe... memang BEST & masih ingt watak2 sampai sekarang..!! SELAMAT MEMBACA & ‘SELAMAT MALAM KEKASIH’..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...