Monday 21 November 2011

SUPERMODEL DI AWAN BIRU..!!

Adriana Lima 

MINGGU lalu model Victoria Secret berada di pentas peragaan untuk memperagakan koleksi terbaru pakaian dalam jenama itu. Bagaimanapun, hari ini barisan model itu menerjah awan biru dengan helikopter merah jambu.

Alessandra Ambrosio, Adriana Lima dan Erin Heatherton berpeluang menaiki kenderaan mewah itu di San Juan, Puerto Rico.
Model Brazil Alessandra kelihatan bagai bidadari dengan gaun singkat berenda hitam.

Wanita berusia 30 tahun itu mempamerkan susuk tubuh seorang supermodel dengan pakaian cukup seksi antara ketiga-tiga model berkenaan.


Adriana dan Erin juga tampil serba hitam dan ketiga-tiga wanita itu lengkap mengenakan tumit tinggi untuk kunjungan itu.


Adriana mempamerkan kakinya yang cantik, manakala Erin mendedahkan bahagian atas badannya.

Tiga model itu singgah sebentar di San Juan sempena pembukaan rasmi butik Victoria Secret di situ sebelum Alessandra, Adriana dan Erin menaiki semula helikopter untuk pulang.

Erin Heatherton 
Alessandra dan Adrianna menulis di Twitter mengenai kunjungan itu dan nampak-nya Alessandra begitu merindui anak perempuannya, Anja.

Dia menulis: “Cukup seronok berada di Puerto Rico hari ini. Sekarang masanya untuk pulang kepada bidadari kecil saya! Harap lain waktu, saya dapat bertemu anda lagi di sini.”

Sementara itu, Adriana menghadapi kritikan ketika membuat penampilan selepas mengamalkan diet melampau dan mendedahkan mengenai jadual menakutkan yang dijalani sebelum berlangsungnya pertunjukan terbesar Victoria Secret. 

Model itu menjelaskan dia menjalani sesi senaman harian yang berat selama beberapa bulan sebelum pertunjukan itu, selain mengamalkan diet hanya meminum minuman keras sembilan hari sebelum pertunjukan berlangsung. Bagaimanapun, jurucakapnya berkata, terdapat salah faham mengenai hal itu.
Alessandra Ambrosio

Bercakap dengan E! Canada, model Brazil itu menggesa remaja perempuan yang mudah terpengaruh supaya mengabaikan amalan persediaan yang rumit.

“Kepada semua gadis remaja di luar sana, jangan berlapar atau hanya meminum minuman keras. Tolong jangan lakukan demikian.” 

Malah, dia turut menunjukkan kopi Starbucks dan kek yang menjadi hidangannya dalam rancangan itu. 

“Saya minum kopi Starbucks di sini,” sambil menegaskan ulasan diet yang diamalkannya sudah disalahertikan.


Izkan berkata :: waaaahhhh..taste kat ADRIANA LIMA..!! hehe...kredit pada METRO 21/11/2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...