Monday 28 November 2011

FEDERER pecah REKOD...!!!!

Salam & selamat petang.. pagi tadi dalam pukul 4.10 pagi ( gigih saya tgk..!! ), berlabuhnya tirai BARCLAY WORLD TOUR FINAL 2011 dengan menyaksikan pilihan ke-4 yang juga pemain yang berasal dari Switzerland, ROGER FEDERER telah menjuarai kejohanan tersebut selepas membenam cabaran Jo-Wilfried Tsonga dalam masa 2 jam 18 minit dengan keputusan 6-3 6-7 6-3 yang diadakan di London, England.

( jom layan gambar sekitar final pagi tadi )



Secara tidak langsung, dengan kejuaraan yang dimiliki oleh jagoan tenis dunia tersebut, FEDERER sekaligus menempatkan diri ke ranking no.3 dunia selepas pilihan ke-3 kejohanan, ANDY MURRAY yang juga peserta tuan rumah telah kecundang dalam perlawanan ‘round robin’ ditambah pula dengan kecederaan yang menimpa dirinye sekaligus memberi peluang kepada bintang Serbia, JANKO TIPSAREVIC mengambil alih tempatnya. Nama2 besar seperti RAFAEL NADAL & NOVAK DJOKOVIC juga telah tersingkir awal.


FEDERER tampak tidak mempunyai masalah apabila menjuarai ‘round robin’ bagi kumpulan B dan melangkah ke separuh akhir bersama Jo-Wilfried Tsonga dalam kumpulan B, manakala kumpulan A yang berjaya melangkah ke separuh akhir ialah DAVID FERRER, pemain Sepanyol & pemain dari Republik Czech, Tomas Berdych.

Pada saingan separuh akhir, FEDERER melangkah dengan penuh bergaya & menempah slot akhir dengan bergaya apabila berjaya membenam cabaran FERRER 7-5 6-3 manakala TSONGA membenam BERDYCH 6-3 7-5 sekaligus membuatkan kedua2 pemain ini bertembung di pentas akhir buat ke-11. FEDERER mempunyai kelebihan apabila dengan ‘lead’ 7 : 3 pada pertemuan sebelum ini.
Dengan kejuaraan yang dimiliki oleh FEDERER, sekaligus telah memegang rekod 6 kali kejuaraan pada kejohanan penutup musim & kejuaraan yang ke-70 dalam karier.

Saya berkata :: TAHNIAH diucapkan pada ROGER FEDERER..!!! semoga akan terus berjaya & berjaya..!!

1 comment:

  1. roger federer mmg terbaek ! he's the legend . haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...