Sunday 27 November 2011

Konsert Tradisional Dato' Siti Nurhaliza

Salam & selamat petang...sihat semua?? Petang nie mcm nak berkongsi mengenai  ‘buah hati’ku iaitu sape lagi kalau bukan penyanyi popular negara, SITI NURHALIZA..utk topik petang nie sy nk bercerita mengenai perkembangan terbaru DATO’ SITI NURHALIZA.. 

selain mempunyai ‘baby’ terbaru iaitu album ALL YOUR LOVE yang mendapat sambutan hangat di pasaran, perkembangan lain dari penyanyi yang terkenal dengan lagu CINDAI ini akan mengadakan sebuah konsert tradisional yang bakal diadakan pada tahun hadapan..!! wahhh!! Berita yang sangat menarik bagi industri seni terutamanya peminat SITI NURHALIZA sendiri..

Seperti kite sedia maklum jugak kan, konsert tradisional agak ‘samar’ pada masa sekarang nie jadi dengan adanya konsert seperti ni bukan sahaja dapat mengembalikan momen2 indah lagu tradisional bahkan secara tidak langsung akan dapat memperkenal sekaligus dapat memartabatkan lagu tradisional lagi.. 

Mengenai konsert tradisional tersebut, sy memang bersetuju sangat2 diadakan disebabkan masa sekarang ni pun lagu2 tradisional seperti kurang mendapat sambutan terutamanya remaja. Diharapkan persembahan ini antara persembahan yang berskala besar kerana konsert tradisional amatlah seronok utk disaksikan..!!

Saya berkata :: kalau betul la apa yang diperkatakan ini, semoga ianya menjadi kenyataan sebab saya memang obses lagu2 tradisonal...!!! tak sabar nk tunggu konsert tradisional dari penyanyi kelahiran negeri PAHANG ini. Rindu pulak nyanyian lagu2 tradisional dari SITI NURHALIZA....!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...