Thursday 4 August 2011

MARIA SHARAPOVA - JELITAWAN & ATLET TAKLUK DUNIA KEKAYAAN..!!!!

Assalamualaikum... hari yang sangat bertuah bagi penggemar sukan TENIS di dunia & peminat besar MARIA SHARAPOVA seperti IZKAN.. pagi nie IZKAN terbace satu artikel di HARIAN METRO mengenai 10 ATLET WANITA PALING KAYA DI DUNIA oleh MAJALAH FORBES..

TAHNIAH sekali lagi buat MARIA SHARAPOVA apabila namanya sekali lagi mengetuai senarai atlet wanita paling kaya di dunia tersebut buat klai ke-7 berturut-turut.. Jom kite saksikan dgn lebih detail keratan akhbar HARIAN METRO yg bertarikh 04/08/2011 ini.. JOM!!!!!!!!!


MARIA SHARAPOVA mungkin tidak pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam sejak 2008 tetapi kedudukan pemain tenis Russia itu sebagai atlet wanita dengan bayaran paling lumayan di dunia masih tidak tergugat.


Bagi tahun ketujuh berturut-turut, MARIA mengetuai senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes meskipun gagal menambah sebarang gelaran kepada tiga gelaran Grand Slam yang dimilikinya, biarpun mara pada final Wimbledon Julai lalu.


Bersama produk wangiannya..
Pendapatan MARIA, majoritinya menerusi tajaan di luar gelanggang dianggarkan bernilai AS$25 juta (RM74.3 juta), dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya, pemain Denmark, Caroline Wozniacki yang juga pemain tenis wanita nombor satu dunia ketika ini. 
Sebagai cover majalah terkemuka


Pelumba kereta Amerika Syarikat, Danica Patrick di tangga ketiga dengan AS$12 juta (RM35.6 juta) diikuti tiga pemain tenis iaitu Venus Williams, pemain Belgium, Kim Clijsters serta Serena Williams.

Tujuh daripada sembilan atlet paling lumayan adalah pemain tenis, termasuk pemain China, Li Na yang mengumpul AS$8 juta (RM23.7 juta) tahun lalu tetapi dijangka memperbaiki kedudukan di ranking dunia dan mencabar Maria di tangga teratas selepas kemenangannya di Terbuka Perancis.

Sebagai model & duta Cole Haan







10 atlet wanita paling lumayan

1. Maria Sharapova (Russia, tenis)
  AS$25 juta (RM74.3 juta) 

2. Caroline Wozniacki (Denmark, tenis)
  AS$12.5 juta (RM37.1 juta)

3. Danica Patrick (Amerika Syarikat, lumba kereta)
  AS$12 juta (RM35.6 juta)

4. Venus Williams (Amerika Syarikat, tenis)
  AS$11.5 juta (RM34.2 juta)

5. Kim Clijsters (Belgium, tenis)
  AS$11 juta (RM32.7 juta)

6. Serena Williams (Amerika Syarikat, tenis)
Cover majalah terkemuka
 dunia
  AS$10.5 juta (RM31.2 juta)

7. Kim Yuna (Korea Selatan, luncur ais)
  AS$10 juta (RM29.7 juta)

8. Li Na (China, tenis)
  AS$8 juta (RM23.7 juta)

9. Ana Ivanovic (Serbia, tenis)
  AS$6 juta (RM17.8 juta)

10. Paula Creamer (Amerika Syarikat, golf)
  AS$5.5 juta (RM16.3 juta)

Maria Sharapova juga dikategorikan sebagai atlet yg mempunyai pakej lengkap sebagai model..



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...