Monday 1 August 2011

ISTILAH dalam GEOGRAFI..!!!!!

Assalamualaikum...selamat petang sume..minggu nie & bulan nie mmg izkan GIGIH nk update blog ni..motipp sangat kan????hahahh.... Pe2pon utk kali ini, IZKAN akan berkongsi sedikit sebanyak dibawah ‘pelepah’ PENDIDIKAN pulak.. Sebelum nie kita lebih menjurus kepada info2,fesyen,kesihatan,lelaki, jadi kali ini IZKAN ingin ‘berubah angin’ sedikit tetapi tetap dgn objektif yg sama iaitu ingin berkongsi kepada sume org yg membaca entry kali ni... *prefer kpd student jugak ye.. So, kali ni kite akan ‘KEMBALI KE SEKOLAH’ dgn berkongsi sedikit sebanyak mengenai salah satu mata pelajaran yg menjad pilihan ramai pelajar – GEOGRAFI. Akan tetapi kali ni IZKAN akan berkongsi KONSEP-KONSEP yg terdapat dalam subjek GEOGRAFI..(sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar2 utk mendalami & memudahkan pelajar menghafal konsep2 dalam GEOGRAFI dengan lebih cepat )..

  Batu Kapur Fossiliferous                      

PROSES GEOMOFORLOGI :: Semua proses fizikal, kimia & biologi yg bertanggungjawab membentuk, memperkembang & mengubah bentuk muka bumi samada secara makro @ mikro.

PROSES ENDOGENIK :: Proses yg berasal dari dalam KERAK BUMI seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi, aktiviti igneus & metamorfosisme batuan.


PROSES EKSOGENIK :: Proses yg beroperasi di PERMUKAAN BUMI seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.

LULUHAWA :: Proses PEMECAHAN & PENGURAIAN @ PEREPUTAN batuan & berlaku secara in-situ ( setempat ).

HAKISAN :: Proses PENGHAUSAN  yg dialami permukaan bumi akibat TINDAKAN AGEN yg bergerak seperti air, udara, ombak & glasier.

Batu Gneiss
PROSES GERAKAN JISIM :: Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya TARIKAN GRAVITI ( samada perlahan, cepat @ serta merta ).

p/s :: kite akan bersmbung lagi ye dgn pelbagai konsep2 GEOGRAFI lagi ye..jgn lupe gunakan sebaik mungkin & sangat sesuai digunapakai dalam peperiksaan anda sume..!!!!!...heheheh.. Nantikan sambungannye ye...(@__@)

sumber asal :: Cikgu Rusly Musa_GASF
                                                               

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...