Friday, 23 December 2011

'AURA' Dato' Siti Terserlah dalam GLAM 2012

Salam & selamat petang..
Kite berjumpa lagi untuk kali nie, wahhh, petang nie Izkan menerima berita & beberapa keping gambar & terbaca entry yg telah dibuat oleh www.murai.com mengenai koleksi keempat2 wajah penyanyi paling popular Malaysia, DATO’ SITI NURHALIZA..!!

Bagi mereka yang belom melihat sisi kecantikan DATO’ SITI NURHALIZA, jom kita saksikan DATO’ SITI sebagai penghias muka depan GLAM EDISI JANUARI 2012 dengan berkonsepkan muzik MADONNA...!!

Jom kita saksikan...!!! yang manakah pilihan anda nanti?? Sebab kesemua gambar ini akan menjadi cover GLAM Januari 2012....!! maknenye bagi isu Januari, majalah GLAM akan memiliki 4 cover iaitu kesemua wajah DATO’ SITI yang berlainan..!!

Inspirasi dari NOTHING REALLY METTERS

Inspirasi dari TOKYO ( MINNIE MOUSE )

Inspirasi dari RAIN

Inspirasi dari MATERIAL GIRL


Nie adalah petikan kata2 daripada editor GLAM sendiri, iaitu SUZIE ADNAN mengenai cover tersebut..

“ Untuk cover GLAM, Dato’ Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.”

“ Efek grafik & pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak meliputi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini. “ kata SUZIE ADNAN, Editor GLAM.

Izkan berkata :: perghhhhh, memang stunning la..!! Izkan akan dapatkan jugak GLAM ni..!! hahaha..anda??? olahan semula dari murai.com. TAHNIAH SITI & TEAM GLAM

TIP Pemakaian Sampin

Sekadar gambar hiasan

1.    Pilih & pakai kain sampin berbeza @ warna kontra dengan pakaian kahwin anda. Ini dapat mengelakkan penampilan anda tampak sekata pada majlis perkahwinan anda.

2.   Jika anda ingin menggayakan padanan sampin dalam rona yang sama dengan baju pilihan anda, pastikan pilihan corak pada sampin lebih menojol @ pilih corak sederhana besar.
Sekadar gambar hiasan ( baju Cekak Musang )
3.    Sampin mahal??? Rasanya tidak perlulah memberlanjakan duit yang banyak utk membeli sampin yang mahal ni, sebaliknya pilih warna & corak yang menarik bagi menyerlahkan lagi diri anda pada hari bahagia anda tu,

4.   Fabrik yang sesuai adalah daripada fabrik sutera bulu & songket lebih sesuai utk perkahwinan jika dibandingkan dengan kapas.

5.   PENTING NI..!! pastikan ikatan sampin anda sesuai dengan jenis kolar baju, jika anda memakai baju Melayu Johor, sampin perlulah didalam, manakala baju Melayu Cekak Musang, sampin di luar..!!
Sekadar gambar hiasan ( baju Melayu Johor  )
6.    Kebiasaannya la kan, bagi edisi perkahwinan sampin diikat berbentuk bunga yang dikenali sebagai IKATAN KEMBUNG..!!

Izkan berkata :: semoga tip ni berguna kepada para lelaki utk mengikat sampin ye..!! bagi yang bakal melangkah ke jinjang pelamin, SELAMAT PENGANTIN BARU... olahan semula dari MASKULIN.

92 tahun, Guru Yoga Tertua di Dunia..??

GURU TERTUA DI DUNIA..?? 92 TAHUN..?? YA..!! itulah umur yang dimilki oleh seorang wanita di PINELLAS PARK, Florida apabila beliau, BERNICE BATES menjadi guru yoga paling tua di dunia.

BERNICE mengajar yoga di Pusat Komuniti Pesara, di Amerika Syarikat pada tiap2 minggu. BERNICE juga telah diiktiraf sebagai GURU YOGA PALING TUA DI DUNIA oleh GUINNESS BOOK of RECORDS – Agensi

Izkan berkata :: 92?? Bernice masih nampak muda..sumber KOSMO

Thursday, 22 December 2011

TOP 10 Penyakit Akibat ROKOK...

Salam & selamat petang.

Jom kita layan jap TOP 10 PENYAKIT AKIBAT ROKOK..!! senarai ini telah dirujuk melalui majalah lelaki di Malaysia, iaitu MASKULIN. Ape2pon jom kite layan jap..!! SAKIT JANTUNG adalah penyakit utama yang disebabkan ROKOK.

1.    PENYAKIT JANTUNG
2.   KANSER PARU – PARU
3.    KANSER MULUT
4.   OSTEOPOROSIS
5.   PSORIASIS
6.    KEMANDULAN
7.   IMPOTENSI
8.   KANSER PERUT
9.   KATARAK
10.KERIPUT

Izkan berkata :: Kita berdoa bersama2 agar 1 hari nnt, insan2 yang merokok akan berhenti merokok ok..entry nie tidak menyentuh mane2 pihak cuma ingin berkongsi info2 yang berguna kepada kita.
Sumber :: MASKULIN


BAYI 2 Kepala..

BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.
Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal
Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk. 
“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos. 
Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.

“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.

Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hospital pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut. 
Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini. Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

sumber :: HM 22/12/2011

Wednesday, 21 December 2011

CELINE DION Miliki 3 RIBU Pasang Kasut?

Salam & selamat malam..
Ape perasaan anda jika memiliki kasut sebanyak 3 RIBU PASANG..??? mau pengsannn kan??? Tp semua itu telah dimiliki oleh seorang penyanyi antarabangsa ini. 3 RIBU PASANG itulah jumlah kasut yang dimiliki oleh DIVA, CELINE DION yang sangat popular dengan lagu MY HEART WILL GO ON. Celine mengakui bahawa beliau  sangat obsess kepada kasut & selalu membelinya apabila keluar membeli – belah.

Celine jugak menyatakan bahawa jenama tidak memainkan peranan tapi jika ia cantik & selesa sudah memadai baginya & beliau akan membelinya. Celine jugak menggemari kasut2 dari jenama seperti CHANEL, LV & JIMMY CHOO.

Izkan berkata :: perghhhhh, 3 RIBU..????woowww..sumber MH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...