Wednesday, 28 December 2011

Arsenal, Wolverhampton Wanderers seri 1-1

Berita pagi tadi ::
Arsenal terlepas peluang untuk merapatkan jurang & menyamakan kutipan mata keseluruhan apabila seri 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers ( Wolves ) semalam.

Pasukan yang dikenal sebagai The Gunners itu gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri & menentang 10 pemain Wolves selepas Nenad Milijas dibuang padang dengan perlawanan hanya berbaki 15 minit.

Pada separuh masa pertama, Gervinho telah meletakkan Arsenal di depan pada minit kelapan sebelum pemain Wolves, Steven Fletcher menanduk masuk hasil sepakan penjuru rakan sepasukan, Stephen Hunt.

sumber :: BHO 28/12/2011

Tuesday, 27 December 2011

Tekad RAFAEL NADAL..!!

MADRID: Rafael Nadal berkata corak permainannya tahun ini sudah boleh diramalkan dan dia ada kalanya gagal untuk mengawal gelanggang dan perlu mengatasi kelemahan jika mahu menang di Wimbledon dan Olimpik 2012.
“Tahun ini anda kehilangan sedikit intensiti. Intensiti terhadap kepercayaan diri, tumpuan, menjadi lebih positif, percaya beberapa perkara akan menjadi baik dan semua itu berada dalam minda. Tahun ini saya merasa sedikit kehilangan semua perkara itu,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu mengetuai Sepanyol merangkul Piala Davis yang kelima awal Disember lalu dan muncul juara Terbuka Perancis tahun ini.
Namun dia tewas di final Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada Novak Djokovic sekali gus terpaksa melepaskan gelaran pemain nombor satu dunia kepada pemain Serbia itu.

“Pada setengah tahun pertama semuanya baik tapi tidak sempurna kerana saya memerlukan lebih lagi dalam perlawanan menentang Djokovic. Tapi semua itu tidak mengapa.

“Saya perlu berusaha dan berjuang kembali namun secara jelasnya tahap permainan saya sedikit kurang. Apabila anda dapat merasainya, fikiran anda akan bertindak balas lebih baik. Permainan saya sudah boleh diramalkan banyak kali musim ini,” kata Nadal
“Semua perkara itu perlu saya perbaiki untuk 2012.” Nadal berkata, dia perlu bermain lebih lagi di dalam gelanggang untuk menewaskan lawan dan cuba mengawal dan bukannya membiarkan mereka merencanakan perlawanan.

2011 menyaksikan beberapa ketikanya saya seperti kehilangan sesuatu,” katanya.
Katanya, 2011 secara keseluruhannya berjalan dengan baik namun dia merasakan ‘teruk’ pada penghujung tahun dan ‘sangat teruk’ apabila tewas pada saingan penamat musim ATP Jelajah Dunia kepada Jo-Wilfried Tsonga“Tapi ia bukan satu malapetaka dan saya tidak boleh menang kerana saya terlalu risau,” katanya.

“Saya mengatakan kepada diri sendiri: ‘Jika saya melakukan lebih sedikit saya akan kembali untuk menang semuanya sekali lagi’. 
“Itu satu motivasi. Berusaha lebih keras akan memberikan kejayaan yang lebih kepada anda sendiri,” katanya.

Saya perlu kembali mendapatkan tahap keupayaan yang sepatutnya lebih tinggi. Daripada Indian Wells ke Wimbledon dan Olimpik London saya perlu mencapai kembali tahap terbaik saya.” - AFP

Peladang Mati Dipijak Gajah Turun Minyak

BANDA ACEH: Seekor gajah liar yang mengamuk memijak seorang peladang hingga mati di pulau Sumatera, di sini. Anggota paramedik, Nyak Cut berkata, tiga peladang di Desa Geumpang di wilayah Aceh cuba mengusir sekumpulan gajah liar dari ladang mereka Sabtu lalu.

Bagaimanapun, seekor daripada haiwan itu mengamuk menyebabkan kumpulan peladang berkenaan bertempiaran lari. Nyak berkata, seorang daripada peladang itu, Muhammad Amin, 60, mati dipijak selepas dia tersandung lalu terjatuh.

Menurutnya, penduduk kampung mengancam untuk membunuh kumpulan gajah itu sekiranya pihak berkuasa gagal melindungi ladang mereka. Hanya 3,000 gajah Sumetera dipercayai masih hidup di hutan di pulau itu. Habitat haiwan itu terancam apabila hutan belantara diteroka untuk ladang komersial atau pembalakan. - AP

sumber :: HM 27/12/2011

Monday, 26 December 2011

TIP Kekalkan Warna Pakaian

Jom kita baca & lihat petua2 & tip2 bagi hari ni..

Untuk mengekalkan warna pakaian agar tidak luntur, anda perlulah rebus 2 biji kentang. Lenyek kentang tadi dengan dicampurkan sedikit garam & cuka. Lumurkan pakaian anda dengan kentang lenyek tadi. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci dnegan air sabun & jemur sehingga kering.

Izkan berkata :: wahhh..mcm buat kuih pulak kan, ape2pon nie petua yang bagus, SELAMAT MENCUBA
SUMBER :: majalah HARMONI

Sunday, 25 December 2011

Coretan Sensasi ANTM Part 3

Salam & selamat malam
Entry kali nie adalah sambungan daripada entry KLIK DISINI iaitu coretan sensasi yang rasanya anda belum ketahui lagi dalam sejarah AMERICA’S NEXT TOP MODEL.

Juara Cabaran Secara Berturut – Turut dalam Sejarah America’s Next Top Model iaitu Sebanyak 2 KALI.
Nama :: Naima Mora
Musim :: Musim 4


Nama :: Saleisha Stowers
Musim :: Musim 9


Nama :: Krista White
Musim :: Musim 14


Juara Paling Banyak Memenangi Cabaran dalam Sejarah America’s Next Top Model
Nama :: Naima Mora
Musim :: Musim 4


Nama :: Krista White
Musim :: Musim 14



 Juara Paling Banyak & Selalu Memperoleh Panggilan Pertama dalam Sejarah America’s Next Top Model
Nama :: Ann Ward
Musim :: Musim 15
***5 KALI bagi berturut2 & 6 KALI bagi panggilan pertama.



..nantikan sambungannya dalam Coretan Sensasi ANTM Part 4 ok...

MARIA SHARAPOVA Tarik Diri Kejohanan BRISBANE

Salam & selamat pagi.
Tahun 2011 banyak membawa berita gembira dalam dunia tenis, manakala tahun 2012 akan bermula lembaran baru bagi pemain2 profesional dalam jelajah lelaki & wanita apabila kejohanan pembuka tirai Grand Slam akan diadakan pada pertengahan bulan Januari 2012 nanti.

Bagi pagi nie, Izkan nk kongsi berita yang tidak berapa baik dari dunia tenis mengenai jelitawan tenis, MARIA SHARAPOVA. Pada awalnya, bintang tenis handalan tersebut akan menyertai kejohanan pemanas badan iaitu BRISBANE INTERNATIONAL yang akan bermula pada 1 Januari 2012, akan tetapi atas sebab kecederaan pada pergelangan kakinya, MARIA mengambil keputusan utk menarik diri.

Walaupun beliau tidak dapat menyertai kejohanan pemanas badan tersebut, beliau yakin bahawa dirinya akan bersedia utk berkempen pada TERBUKA AUSTRALIA 2012 yang akan diadakan pada 16 Januari 2012 ini.

Izkan berkata :: semoga MARIA cepat sembuh ok.. tak sabar nk dengan ‘ngauman’ MARIA..pe2pon SELAMAT BERJAYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...