Monday, 8 August 2011

BUAH NONA - BERSEDIAKAH ANDA DENGANNYA????


Akhbar TIMES of INDIA menjelaskan bahawa buah NONA amat berguna utk kecantikan wanita.. Kandungan vitamin A yg terdapat dalamnya mampu mencantikkan kulit, meningkatkan fungsi mata & memelihara kesihatan rambut secara semulajadi.


Selain memberi manfaat kecantikan kepada setiap individu, buah NONA juga mampu melawan radikal bebas dalam tubuh menerusi kandungan antioksidan & vitamin C. Memiliki kalium yg tinggi pula dapat membuatkan buah NONA mampu melindungi daripada serangan penyakit jantung.

Manakala kandungan magnesium membantu menyeimbangkan air dalam tubuh badan manusia, mengurangi gejala reumatik, radang sendi & mengatasi sakit otot. Buah NONA juga dikenali sebagai CUSTARD APPLE @ SUGAR APPLE kerana berkhasiat utk mengawal tekanan darah, menormalkan fungsi pencernaan, menyembuhkan sembelit & cirit –birit.

p/s :: kecantikan pada masa kini bukan sahaja kepada wanita malahan kaum adam juga mahukan kulit yg cantik & bersih.. Jadi, marilah kite menjaga kulit & anggota badan kita agar kecantikannye akan terserlah....(@_@)..*rasa macam jadi duta produk pulak..huhuhu...

sumber :: Majalah Harmoni 1-15 Julai 2011.

Thursday, 4 August 2011

MARIA SHARAPOVA - JELITAWAN & ATLET TAKLUK DUNIA KEKAYAAN..!!!!

Assalamualaikum... hari yang sangat bertuah bagi penggemar sukan TENIS di dunia & peminat besar MARIA SHARAPOVA seperti IZKAN.. pagi nie IZKAN terbace satu artikel di HARIAN METRO mengenai 10 ATLET WANITA PALING KAYA DI DUNIA oleh MAJALAH FORBES..

TAHNIAH sekali lagi buat MARIA SHARAPOVA apabila namanya sekali lagi mengetuai senarai atlet wanita paling kaya di dunia tersebut buat klai ke-7 berturut-turut.. Jom kite saksikan dgn lebih detail keratan akhbar HARIAN METRO yg bertarikh 04/08/2011 ini.. JOM!!!!!!!!!


MARIA SHARAPOVA mungkin tidak pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam sejak 2008 tetapi kedudukan pemain tenis Russia itu sebagai atlet wanita dengan bayaran paling lumayan di dunia masih tidak tergugat.


Bagi tahun ketujuh berturut-turut, MARIA mengetuai senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes meskipun gagal menambah sebarang gelaran kepada tiga gelaran Grand Slam yang dimilikinya, biarpun mara pada final Wimbledon Julai lalu.


Bersama produk wangiannya..
Pendapatan MARIA, majoritinya menerusi tajaan di luar gelanggang dianggarkan bernilai AS$25 juta (RM74.3 juta), dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya, pemain Denmark, Caroline Wozniacki yang juga pemain tenis wanita nombor satu dunia ketika ini. 
Sebagai cover majalah terkemuka


Pelumba kereta Amerika Syarikat, Danica Patrick di tangga ketiga dengan AS$12 juta (RM35.6 juta) diikuti tiga pemain tenis iaitu Venus Williams, pemain Belgium, Kim Clijsters serta Serena Williams.

Tujuh daripada sembilan atlet paling lumayan adalah pemain tenis, termasuk pemain China, Li Na yang mengumpul AS$8 juta (RM23.7 juta) tahun lalu tetapi dijangka memperbaiki kedudukan di ranking dunia dan mencabar Maria di tangga teratas selepas kemenangannya di Terbuka Perancis.

Sebagai model & duta Cole Haan







10 atlet wanita paling lumayan

1. Maria Sharapova (Russia, tenis)
  AS$25 juta (RM74.3 juta) 

2. Caroline Wozniacki (Denmark, tenis)
  AS$12.5 juta (RM37.1 juta)

3. Danica Patrick (Amerika Syarikat, lumba kereta)
  AS$12 juta (RM35.6 juta)

4. Venus Williams (Amerika Syarikat, tenis)
  AS$11.5 juta (RM34.2 juta)

5. Kim Clijsters (Belgium, tenis)
  AS$11 juta (RM32.7 juta)

6. Serena Williams (Amerika Syarikat, tenis)
Cover majalah terkemuka
 dunia
  AS$10.5 juta (RM31.2 juta)

7. Kim Yuna (Korea Selatan, luncur ais)
  AS$10 juta (RM29.7 juta)

8. Li Na (China, tenis)
  AS$8 juta (RM23.7 juta)

9. Ana Ivanovic (Serbia, tenis)
  AS$6 juta (RM17.8 juta)

10. Paula Creamer (Amerika Syarikat, golf)
  AS$5.5 juta (RM16.3 juta)

Maria Sharapova juga dikategorikan sebagai atlet yg mempunyai pakej lengkap sebagai model..



Monday, 1 August 2011

ISTILAH dalam GEOGRAFI..!!!!!

Assalamualaikum...selamat petang sume..minggu nie & bulan nie mmg izkan GIGIH nk update blog ni..motipp sangat kan????hahahh.... Pe2pon utk kali ini, IZKAN akan berkongsi sedikit sebanyak dibawah ‘pelepah’ PENDIDIKAN pulak.. Sebelum nie kita lebih menjurus kepada info2,fesyen,kesihatan,lelaki, jadi kali ini IZKAN ingin ‘berubah angin’ sedikit tetapi tetap dgn objektif yg sama iaitu ingin berkongsi kepada sume org yg membaca entry kali ni... *prefer kpd student jugak ye.. So, kali ni kite akan ‘KEMBALI KE SEKOLAH’ dgn berkongsi sedikit sebanyak mengenai salah satu mata pelajaran yg menjad pilihan ramai pelajar – GEOGRAFI. Akan tetapi kali ni IZKAN akan berkongsi KONSEP-KONSEP yg terdapat dalam subjek GEOGRAFI..(sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar2 utk mendalami & memudahkan pelajar menghafal konsep2 dalam GEOGRAFI dengan lebih cepat )..

  Batu Kapur Fossiliferous                      

PROSES GEOMOFORLOGI :: Semua proses fizikal, kimia & biologi yg bertanggungjawab membentuk, memperkembang & mengubah bentuk muka bumi samada secara makro @ mikro.

PROSES ENDOGENIK :: Proses yg berasal dari dalam KERAK BUMI seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi, aktiviti igneus & metamorfosisme batuan.


PROSES EKSOGENIK :: Proses yg beroperasi di PERMUKAAN BUMI seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.

LULUHAWA :: Proses PEMECAHAN & PENGURAIAN @ PEREPUTAN batuan & berlaku secara in-situ ( setempat ).

HAKISAN :: Proses PENGHAUSAN  yg dialami permukaan bumi akibat TINDAKAN AGEN yg bergerak seperti air, udara, ombak & glasier.

Batu Gneiss
PROSES GERAKAN JISIM :: Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya TARIKAN GRAVITI ( samada perlahan, cepat @ serta merta ).

p/s :: kite akan bersmbung lagi ye dgn pelbagai konsep2 GEOGRAFI lagi ye..jgn lupe gunakan sebaik mungkin & sangat sesuai digunapakai dalam peperiksaan anda sume..!!!!!...heheheh.. Nantikan sambungannye ye...(@__@)

sumber asal :: Cikgu Rusly Musa_GASF
                                                               

Sunday, 31 July 2011

JAGUNG - Banyak Khasiat????

Assalamualaikum & selamat pagi para pembaca sekalian..

Hari nie kite bertemu lagi utk entry terbaru izkan..so utk hari ini izkan terpanggil utk menceritakan sedikiat sebanyak mengenai fakta2 yg rasanya boleh dikongsi bersama anda2 sume..ok..bagi isu FAKTA hari ini izkan akan menceritakan mengenai JAGUNG...kite semua tahu kan JAGUNG..!!!!!!.. & sudah tentu semua org pernah makan JAGUNG kan?? Tp apakah kite tahu yg JAGUNG nie mempunyai banyak khasiat yg sangat baik utk kesihatan.... Jadi, pada hari ini Izkan nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai JAGUNG melalui pembacaan yg telah dibuat..Jom kite terokainya...!!!!!!!!!

JAGUNG!!!!!!..JAGUNG mempunyai banyak khasiat dalamnya seperti serat, magnesium, kalium, asam folat, mineral besi, karbohidrat, vitamin A, B5 dan sebagainya yg dipercayai sangat baik utk kesihatan.. LIKOPEN & VITAMIN C yg terdapat dalam JAGUNG dikatakan mampu utk menjaga kesihatan kulit & serta menjadikan rambut kite sihat ( melalui kajian yg dilakukan oleh Dr. Mangestuti dari Bahagian Farmakognosi & Fitokimia, Fakulti Farmasi Universiti Airlangga, Indonesia ). Tambahan lagi, JAGUNG juga boleh merawat jeragat & mengurangkan kesan luka jerawat & juga bermanfaat utk mengatasi masalah aliran pembuangan & kesakitan ketika membuang air kecil sekaligus juga dapat mengubati tekanan darah tinggi. JAGUNG juga boleh dijadikan sebagai pengganti kepada nasi kerana dipercayai mempunyai kadar karbohidrat yg tinggi serta vitamin kepada manusia.

p/s :: Jadi,pas nie bolehlah borong JAGUNG kat pasar malam @ tepi jalan ok..huhuhu...SELAMAT MEMBACA...

Saturday, 30 July 2011

DINGDONG DANTES - Model Komersial Paling Mahal????

Assalamualaikum.. malam nie rasa mcm nak update sikit blog yg kosong nie dengan mengetengahkan MODEL PILIHAN sebagai entry pada malam nih.. untuk MODEL PILIHAN bulan Julai nie izkan telah memilih DINGDONG DANTES sebagai pilihan atas banyak sebab & salah satunya seperti kite sedia maklum bahawa ‘penangan’ drama bersiri MARIMAR mendapat sambutan yg sangat hangat & baru sahaja menutupkan tirai dramanya pada baru2 ini.. Jom kite kenal lebih lanjut mengenai seorang pria yg diberi watak SERGIO SANTIBANEZ dalam MARIMAR....jom kite saksikan.........

DINGDONG DANTES atau nama sebenarnya JOSE SIXTO GONZALES DANTES III merupakan wajah kacak yg sentiasa menghiasi media cetak & elektronik di negara kelahairannya FILIPINA.. Penglibatanya dalam dunia modelling ini adalah satu penglibatan yg beliau sendiri tidak rancang sama sekali namun kehadirannya dengan cara & gaya yg tersendiri ditambah dengan memiliki susuk tubuh yg sasa telah meletakkan dirinya dalam kalangaan selebriti berstatus tinggi di Filipina. Beliau juga diantara model Filipina yg banyak memiliki anugerah2 & antara model paling mahal di Filipina. Tambahan lagi pada sekitar 2008 beliau juga dinobatkan menjadi salah seorang daripada 25 lelaki paling seksi di dunia..



DANTES yg pada awalnya pernah menjadi model iklan susu pada umurnya 2 tahun kemudiannya menjadi penari pada usianya remaja, pada hari ini pelakon & juga modle terkenal ini lebih terkenal sebagai pelakon.. Beliau yg lahir pada 2 Ogos 1980 ini pernah berlakon dlm filem My Love So Sweet dan termasuk program TV seperti Anna Karenina & pada tahun 2001 menyaksikan DANTES menjadi pelakon dalam drama bersiri SANA AY IKAW NA NGA. Pada tahun 2007 pula menyaksikan DANTES memegang watak utama dalam drama bersiri MARIMAR sebagai SERGIO SANTIBANEZ & antara drama bersiri menjadi sebutan di Malaysia sekaligus melonjakkan namanya di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi pengacara bagi satu pertandingan Ratu Cantik & program realiti StarStruck. Pada tahun 2009, DANTES dipilih sebagai Myx Guest VJ utk mempromosikan albumnya ‘THE DINGDONG DANTES EXPERIENCE’..



p/s :: sebenarnye byk agy nk dikongsi mengenai model ini tapi ini antara yg best & hebat dari DINGDONG DANTES..ok...kite sambung lagi dalam isu akan datang dalam MODEL PILIHAN ok..selamat geledah..!!!!!!!huhuhu..

Friday, 29 July 2011

'SANTAPAN' SETIAP BULAN....!!!!!!!!

HARDY HARTONO

Assalamualaikum...
Kebosanan telah melanda & tak tahu entry macm mana nak share dengan anda2 semua... so setelah bergolek & berguling sakan, lastly terpandang di atas meja ade 2 buah naskah yg boleh dikatakan sangat melekat dijiwa izkan... MASKULIN & GLAM LELAKI...

Saya hanya nak meringkaskan sahaja pendapat & pandangan saya tentang 2 majalah yg menjadi SANTAPAN saya setiap bulan nie...

MASKULIN :: sebuah majalah yang padat dengan maklumat2 yg gempaq & memang sesuai bagi sang lelaki yang ingin mencari ‘sesuatu’ dlm diri mereka.. di dalamnya byk terdapat info2 & input mengenai dunia fesyen + kesihatan dan digarap sedikit elemen jenaka bagi membolehkan pembaca tidak jemu...*memang best..!!!!..
MASKULIN telah dibaca sejak 4 tahun yg lalu & majalah lelaki yg memenuhi kepuasan sayer..hehe..

MASKULIN OGOS 2011
GLAM LELAKI :: sebenarnye GLAM LELAKI nie baru je izkan jumpe kat kedai tempoh hari.. pertemuan yg tidak disangka.. pertama kali ternampak GLAM LELAKI dengan covernye seorang pelakon dari negara seberang, HARDY HARTONO terus terlintas kat fikiran yg GLAM LELAKI adalah sebua majalah yg kira antara majalah yg sangat exclusive.. so dengan GIGIH-nya terus la rembat 1 naskah lalu membacanye...perghhhh....jangkaanku mmg tepat, GLAM LELAKI  memang stunning...



HARDY HARTONO – COVER GLAM LELAKI
p/s :: kepada para lelaki diluar sana yg ingin mencari bahan rujukan mengenai dunia lelaki,fesyen & kesihatan... izkan suggest-kan, anda try la cari MASKULIN & GLAM LELAKI.....mmg best..!!!!!!!!
MEMANG TERBAAAIKKKKKK...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...