Thursday, 17 November 2011

TIP Haruman TERBAIK....!!!!!!

SALAM.. hari nie hari ke-2 izkan akan cite memanjang pasal MINYAK WANGI..!! hehhehe.... bukan ape, sebab asenye dengar saje perkataan MINYAK WANGI, ibaratkan 1 penangan yg HEBAT dpt digambarkan....hari nie kite akan mengetahui sedikit sebanyak macam mana cara yg sesuai bagi seseorang itu untuk membeli MINYAK WANGI dgn cara yg berkesan & terbaik....!!!!
 
jom kite TERJAH..!!!

panduan yg terbaik ketika hendak memilih haruman yg sesuai :

1.    Sentiasa menguji perfume pada kulit sendiri iaitu pergelangan tangan adalah tempat yg paling tepat!! ( iaitu dengan mencalitkan @ menyemburkan wangian tersebut )

2.   Pleessss....!!! JANGAN GOSOK antara pergelangan tangan selepas menyembur @ mencalitkan haruman tersebut ( ini akan menyebabkan minyak kulit yg terdapat pd kita akan bercampur dgn haruman yg dipakai sekaligus akan menghilangkan bau asal haruman tersebut.

3.    Tempoh yang sesuai utk memutuskan pilihan haruman yg ingin dibeli dalam lingkungan 25 minit – 1jam selepas ujian dilakukan.

4.   Perkara yang sangat penting yg perlu dititikberatkan ketika hendak mendapatkan haruman yang terbaik adalah dengan mengambilkira 2 perkara utama ini iaitu MEMINATI KETIKA WANGIAN INI DISEMBUR @ MEMINATI WANGIAN SELEPAS DISEMBURKAN.....!!!

****P/S :: segalanya bergantung di tangan PENGGUNA untuk menilai yang mana satu ‘MELEKAT’ di kalbu..heheeh...SELAMAT MENCUBA..semoga anda berpuas hati & mendapat haruman yg menjadi dambaan anda selama ini...TQ..  
    ( olahan semula dari MASKULIN 2011 )

Tuesday, 15 November 2011

HONOUR, Klasik yang Seksi...??

DANGEROUSLY LOVE....!!!!!
Assalamualaikum...terase pulak malam nie nak buat entry pasal minyak wangi...!!!! sebab sebelom nie pon memang rasanya tidak pernah lagi mengetengahkan entry MINYAK WANGI sebagai entry blog ni...so apa kate malam nie kite ketahui serba sedikit mengenai salah satu ‘perfume’ yang HANGAT DIPERKATAKAN...!!!

Jom kita selongkar..!!!

Pernah dengar AMOUAGE HONOUR..??? ok..bagi yang pernah dengar takpe....bagi yg belom mengetahuinye lagi, apa kate kite tgk ape keistimewaan MINYAK WANGI di bawah ‘tiara’ AMOUAGE HONOUR ini...
HONOUR

HONOUR by AMOUAGE HONOUR diibaratkan seperti satu skor nukilan indah GIACOMO PUCCINI, MADAME BUTTERFLY yang menceritakan kisah cinta & pengkhianatan serta harapan dan putus asa. HONOUR juga mempunyai ciri – ciri yg sangat elegen + mewah & klasik sekaligus tepat pada gambarannye..

Amouage Lyric Men 

edp (for men)

HONOUR MAN, haruman bagi si jejaka pulak khusus bagi jejaka yg romantik kerana haruman ini adalah ber-elemenkan aura kayu yang spicy melalui kod beri & lada hitam...Nota – nota asas seperti nilam, vetiver dan kekacang tonka amatlah stunning....!!

Lengkap dengan hiasan batu Swarovski, HONOUR muncul dengan terjemahan rekaan botol kaca kristal rona putih seramik disamping perician plat emas pada tubuhnya yang elegent...!!

*****kesimpulannya :: adakah HONOUR berjaya memikat anda utk dijadikan wangian istimewa musim ini???selamat mencuba!!! Jumpe lagi next entry lagi ok pasal perfume...!!
**credit to GLAM LELAKI**

Paris Masters kali pertama buat FEDERER

PARIS: Bintang tenis Switzerland, Roger Federer menjuarai Paris Masters untuk pertama kali apabila menewaskan pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-1, 7-6 (7/3) dalam aksi final yang berat sebelah, kelmarin.
Ia kejohanan ketiga dimenangi pemain ketiga dunia itu sepanjang tahun ini selepas Doha pada Januari dan kejohanan di bandar kelahirannya, Basel, minggu lalu. Ia juga adalah kemenangan Masters ke-18, kurang satu kejuaraan berbanding Rafael Nadal yang sudah memenangi 19 kali, selain kejuaraan ke-69 dalam kariernya.


“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan dan sudah terlalu lama saya menantinya,” kata Federer selepas menerima trofi Paris Masters yang disempurnakan bintang bola keranjang Perancis, Tony Parker.
“Saya terkejut dengan corak permainan baik yang saya pamerkan.” Kemenangan itu membolehkan Federer menjadi pemain kedua selepas Andre Agassi muncul juara Terbuka Perancis di Roland Garros pada 2009 dan kejuaraan Paris Bercy itu.

Federer gagal menambah kejuaraan Grand Slam ke-16 tahun ini dan dia berehat selama enam minggu selepas Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila tewas kepada Novak Djokovic pada separuh akhir yang kemudiannya muncul sebagai juara.

Namun kemenangan di Paris menyaksikan dia mempamerkan antara permainan terbaik kariernya dan berada dalam prestasi terbaik untuk mempertahankan kejuaraan pusingan akhir Jelajah ATP yang bakal berlangsung di London, bermula 22 November ini.
Tsonga yang turut layak beraksi pada kejohanan di London itu mengakui kehebatan Federer.

“Bagi saya Roger adalah pemain terbaik dan dia akan kekal pada tahap itu untuk tempoh yang lama,” katanya. - AFP

*****selamat maju jaya ROGER FEDERER...!!

Thursday, 3 November 2011

HARGA PETROL naik lagi...????

Tip PENJIMATAN PETROL kenderaan..!!!


1.    Isi PETROL pada waktu malam....
2.  Penuhkan TANGKI..
3.   KURANGKAN memecut...
4.  Selenggara kereta mengikut JADUAL..
5.   Periksa TEKANAN ANGIN tayar..
6.   KURANGKAN penggunaan PENDINGIN HAWA..
7.   BEBAN terlalu BERAT..
8.   Elak guna GEAR RENDAH..
9.   MATIKAN ENJIN ketika menunggu..
10.              Pandu untuk perjalanan JAUH sahaja..

**** credit to MASKULIN 2011

SELAMAT BERJIMAT..!!

Wednesday, 24 August 2011

BERI BIRU - SI BIRU YANG BERKHASIAT..!!!


Kajian University of Michigan Cardiovaskular Center mendapati beri biru @ blueberry adalah buah paling kaya antioksidan berbanding buah – buahan lain. Kandungan antosianin, Vitamin C, B Kompleks, E & A, Zink, Zat Besi, Tembaga & Selenium membantu meningkatkan kekebalan tubuh individu sekaligus menjauhkan serangan selesema & demam.

2009 Experimental Biology conference menyatakan, diet yang kaya beri biru berupaya menurunkan kadar kolesterol, mengawal glukosa, meningkatkan sensitiviti insulin, menurunkan risiko penyakit jantung & diabetes.

Bagi yang ingin mendapatkan tubuh langsing pula, beri biru ini membantu mengempiskan perut kerana keupayaanya membakar lemak di perut. Selain itu, buah berwarna biru gelap ini juga dapat membnatu meningkatkan kesihatan saluran kencing menerusi komponennya yang mampu menghambat pertumbuhan bakteria.

*sumber :: Harmoni edisi Julai 2011

Tuesday, 23 August 2011

Maria Sharapova tawan Cincinnati..!!!!!

 Pemain Russia, Maria Sharapova mengalahkan Jelena Jankovic dari Serbia 4-6, 7-6, 6-3 untuk menjuarai kejohanan tenis Terbuka Cincinnati semalam sekali gus muncul sebagai seorang daripada pemain pilihan bagi Terbuka Amerika Syarikat.

Ada 16 ‘break’ terhadap servis pada perlawanan akhir menarik itu tetapi Maria mengungguli lawannya untuk meraih kejuaraan keduanya musim ini dan ke-24 sepanjang kariernya menjelang acara Grand Slam terakhir musim ini, bermula pada 29 Ogos di New York.

Bagaimanapun, Sharapova tidak diberikan jalan mudah untuk menjuarai tersebut. Tampil selaku pemain pilihan ke-4 kejohanan, Sharapova membuktikan dirinya masih jaguh tenis dunia apabila kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan pada set penentuan & sekaligus mencatatkan kemenangan keatas Jelena Jankovic.
Sementara itu, kemarau kejuaraan Jankovic berterusan ekoran kekalahan tersebut. Kali terakhir Jankovic merekodkan kemenangan adalah di Indian Wells 2010.
Laluan Kejayaan Maria Sharapova ::
Pusingan Pertama :: BYE
Pusingan Kedua :: Anastasia Rodionova ( Australia )
Pusingan Ketiga :: Svetlana Kuznetsova ( Rusia )
Pusingan Suku Akhir :: Sam Stosur (Australia )(10)
Pusingan Separuh Akhir :: Vera Zvonareva ( Rusia ) (2)
Pusingan Akhir :: Jelena Jankovic  ( Serbia ) (13)

MARIA SHARAPOVA juga berjaya melonjakkan rankingnya ke no.4 dunia apabila menjuarai kejohanan tersebut..

*JUTAAN TAHNIAH DIUCAPKAN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...