Assalamualaikum sume..ape eak mimpi petang nie tetibe je nk share sikit resepi kek kat semua..mane la tahu kan klu ade rezeki anda semua boleh la mencubanya di rumah nanti..tak lama lagi kan bulan Ramadan akan menjelma..boleh jugak anda semua jadikannya sebagai juadah pembuka selera ketika berbuka puasa..resepi kita hari nie KEK MENTEGA..!!
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan minyak sayur
1 cawan gula kastor
2 cawan mentega
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan tepung kastard
CARA MENYEDIAKAN:
1.Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2.Masukkan telur satu persatu bersama esen vanila.Pukul sebati dan tuangkan minyak sayur.
3.Ayak kesemua tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Gaul rata.
4.Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan shortening.
Kemudian bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah selsius.
SELAMAT MENCUBA….!!!!!